[VIDEO]: Lakukan Aksi ‘Ong-Bak’ Terhadap Muka Lawan, Pemain Kelab Thailand Ini Ditamatkan Kontrak Serta Merta

Thailand Ong Bak

Seorang pemain bola sepak di Thailand telah dipecat oleh kelabnya selepas bertindak menyerang pemain lawan dengan gaya ‘Muay-Thai’ ketika perlawanan liga divisyen tiga Thailand pada Ahad lalu.

Bangkok FC memutuskan untuk menamatkan kontrak Airsaret Noichaiboon dengan serta merta setelah dengan sengaja menyiku muka pemain North Bangkok University FC, Supasan Ruangsuphanimit.

Tindakan itu dikatakan respon terhadap kekasaran oleh Ruangsuphanimit yang melanggar kakinya. Namun berdasarkan ulang tayang, ia jelas bukan disengajakan. Lalu Noichaiboon melepaskan geramnya dengan terus melakukan serangan ala ‘Ong-Bak’.

Noichaiboon dengan serta mera dilayangkan kad merah oleh pengadil dan diserbu oleh pemain-pemain pasukan lawan.

Ruangsuphanimit kemudian telah dibawa ke hospital dan dilaporkan menerima 24 jahitan pada mukanya.

Tidak lama selepas perlawanan, Bangkok FC mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Noichaiboon telah dipecat dengan serta merta oleh pihaknya.

“Bangkok FC dengan ini mengambil pendirian untuk tidak menyokong tindakan tersebut,” ujar kenyataan itu.

“Pihak kelab telah menamatkan kontrak pemain berkenaan. Pihak kelab juga ingin menyatakan ucapan takziah di atas insiden berkenaandan akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.”

North Bangkok University FC turut mengeluarkan kenyataan selepas perlawanan yang memaklumkan perkembangan terkini keadaan Ruangsuphanimit.

“Dia telah melakukan pemeriksaan fizikal di Hospital Bangpakok-Rangsit 2 selepas pemain nombor 6 Bangkok FC menyerangnya pada bahagian muka.

“Selepas berjumpa dengan doktor, didapati bahagian atas bibirnya terdapat luka yang agak panjang dan doktor telah melakukan 24 jahitan untuk menutup luka tersebut.

“Pihak kelab akan bertanggungjawab dan memastikan rawatan terbaik untuk pemain ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN