‘Akibat Tak Pandai Jaga Mulut’ – Perlawanan Bola Sepak Di Sarawak Bertukar Jadi Medan WWE

Kerana mulut badan binasa. Peribahasa Melayu yang diajar sejak turun temurun ini membawa maksud situasi yang mendatangkan kecelakaan kerana tidak bijak mengawal percakapan.

Itulah apa yang berlaku dalam sebuah perlawanan bola sepak tempatan yang sedang berlangsung di Saratok, Sarawak.

Baru-baru ini tular sebuah video pergaduhan beberapa kumpulan lelaki membabitkan pasukan yang mengambil bahagian di Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Ali Biju.

 

𝙆𝙚𝙟𝙤𝙝𝙖𝙣𝙖𝙣 𝘽𝙤𝙡𝙖 𝙎𝙚𝙥𝙖𝙠 𝙋𝙞𝙖𝙡𝙖 𝘿𝙖𝙩𝙪𝙠 𝘼𝙡𝙞 𝘽𝙞𝙟𝙪 𝙙𝙞𝙘𝙚𝙢𝙖𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙨𝙞𝙙𝙚𝙣 𝙜𝙖𝙙𝙪𝙝

SARATOK— Polis mengesahkan insiden pergaduhan kecil melibatkan sekumpulan orang ramai ketika menyaksikan perlawanan Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Ali Biju di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mordani Tanin yang mengesahkan insiden itu berkata, polis telah memanggil pihak penganjur dan menasihati mereka agar tidak mengulangi insiden yang sama.

“Polis telah mengambil tindakan dengan memanggil pihak penganjur dan menasihati mereka agar tidak mengulangi insiden yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian itu menjadi perhatian umum apabila video berdurasi 35 saat tular di media sosial Facebook pada 9.45 pagi hari ini.

Jelasnya, video itu memaparkan sekumpulan orang ramai sedang bergaduh ketika menyaksikan perlawanan bola sepak.

“Hasil siasatan awal kejadian berlaku pada 11 Mac 2022 pada jam 5.59 petang yang mana telah berlaku pergaduhan kecil antara Penyokong Pasukan Jingga FC dengan Penolong Pengurus Pasukan Debak FC kerana tindakan tidak puas hati.

“Penolong Pengurus Debak FC yang melemparkan perkataan kurang enak didengar kepada pemain Jingga FC,” katanya.

Rentetan daripada itu, dedah Mordani berlaku sedikit kekecohan antara Penyokong Jingga FC dengan Penolong Pengurus iaitu perbuatan tolak menolak di dalam padang.

“Berikutan insiden tersebut, keputusan telah diambil oleh pihak penganjur iaitu dengan mengeluarkan Penolong Pengurus Debak FC daripada kejohanan tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, sehingga ke hari ini tiada sebarang laporan polis diterima.

Justeru tegasnya, polis mengingatkan agar masyarakat tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

#borneonetwork
#bola
#saratok

Posted by Borneo Network on Sunday, March 13, 2022

Menurut laporan sebuah portal tempatan, Sarawak Voice, pergaduhan tersebut melibatkan penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan dengan salah seorang pengurus pasukan bertanding.

Malah video berdurasi 35 saat yang tular di media sosial itu kini telah mendapat perhatian pihak polis.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mordani Tanin berkata tiada laporan polis telah dibuat oleh mana-mana pihak tetapi penganjur kejohanan telah dipanggil untuk memberi jaminan kejadian sama tidak akan berulang.

“Pihak polis mengambil maklum satu video berdurasi 35 saat yang dimuat naik dalam laman portal berita yang memaparkan situasi kecoh orang ramai ketika menyaksikan perlawanan bola sepak.

“Hasil siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan kecil antara penyokong pasukan Jingga FC dengan penolong pengurus pasukan Debak FC.

“Ia ekoran rasa tidak berpuas hati selepas penolong pengurus Debak FC melemparkan perkataan kurang enak sehingga didengar pemain Jingga FC, yang akhirnya mencetuskan insiden tolak-menolak di dalam padang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebagai tindakan susulan, pengurus pasukan terbabit yang mencetuskan pergaduhan dilaporkan telah digantung daripada kejohanan.

Bola sepak sepatutnya menjadi aktiviti sukan dan riadah. Apa lagi di peringkat akar umbi seperti ini. Ia adalah perkara yang memalukan apabila kita gagal mengawal emosi sehingga tercetus kejadian sebegini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN