VIDEO: Karenah Nakal Zaquan Bagi Syazwan Andik Minum ‘Teh Garam’ & Makan Colgate

Malaysia telah berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018, dan bakal berhadapan Vietnam di perlawanan akhir nanti.

Perlawanan akhir pertama dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember, manakala perlawanan timbal balik akan diadakan di Hanoi empat hari kemudian.

Debaran semakin terasa

Kali terakhir Malaysia muncul juara pertandingan peringkat serantau ini ialah pada 2010. Ia juga merupakan kejuaraan tunggal negara di kejohanan Piala AFF Suzuki – walaupun pernah mara ke perlawanan akhir sebanyak tiga kali dalam sejarah pertandingan sebelum ini.

Pasukan negara muncul sebagai naib juara pada edisi 1996, dan juga pada 2014 – selepas masing-masing ditewaskan oleh Singapura dan Thailand di perlawanan akhir.

Muncul di pentas akhir buat kali keempat pada edisi ke-12 kejohanan, debaran sudah pasti kian terasa – terutama di kalangan penyokong yang menyerbu penjualan tiket secara atas talian semalam. 40,000 keping tiket perlawanan sudah sah habis dijual secara atas talian semalam.

(Photo by Allsport Co./Getty Images)
Kem negara mood positif

Di sebalik bahang yang semakin terasa, mood di dalam kem negara kekal positif sekiranya karenah pemain negara melalui video di Instagram penyerang negara, Zaquan Adha diambil kira.

Jelas sekali mereka mampu menyerap tekanan yang hadir dengan gurauan sesama sendiri. Melalui satu video yang dikongsi di laman Instagram, kelihatan Zaquan sempat ‘bergurau kasar’ tetapi mesra dengan bek kiri muda negara, Syazwan Andik.

 

View this post on Instagram

 

ini hari hari kau @syazwanandik ???

A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on

Video pertama menyaksikan Zaquan meletakkan ubat gigi pada mulut Syazwan Andik yang sedang tidur di hotel penginapan pasukan.

Video kedua pula, Zaquan meletakkan garam di dalam minuman pemain muda itu. Sudah tentu kita boleh bayangkan reaksi Syazwan Andik. Beliau pantas meludah keluar ‘Teh Garam’ resipi Zaquan itu.

Semoga cepat pulih

Seperti yang kita ketahui, Syazwan Andik tidak beraksi di separuh akhir kedua menentang Thailand akibat kecederaan. Sudah tentu kita mengharapkan beliau kembali pulih secepat mungkin dan boleh diturunka di aksi final nanti.

Begitu juga dengan kembar kepada Zaquan, Aidil Zafuan yang terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-18 separuh masa pertama perlawanan.

Semoga pasukan negara kekal fokus untuk membawa pulang Piala AFF Suzuki 2018 ke bumi Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN