[VIDEO]: Kalau Tiada Kontroversi Melibatkan Pengadil, Bukanlah Sri Pahang Namanya

Penang Sri Pahang pengadil bagi gol Khatul Anuar terbaring
Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Loading official content
Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers'
Jose Mourinho turned up the heat ahead of Thursday night's Ibrox showdown by insisting that Fenerbahce are a better team than Rangers.
0 seconds of 1 minute, 17 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield
01:27
00:00
01:17
01:17
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Selepas beberapa insiden dilalui Sri Pahang melibatkan jaringan dan bolos yang disahkan atau dibatalkan pengadil, kali ini, berdepan Penang FC, isu yang sama timbul apabila melibatkan jaringan kedua Tok Gajah.

Ketika itu, kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan 1-1 dan perlawanan baru memasuki sejam aksi. Pengendali Sri Pahang, Christophe Gamel membuat dua pertukaran dalam usaha untuk memburu jaringan.

Mereka mendapat sepakan penjuru yang telah diambil Manuel Hidalgo. Hantaran lambung ke dalam kotak penalti pelawat itu cuba mencari kepala Nick Swirad yang melonjak bersama Ariff Ar-Rashid sebelum berlaku pelanggaran mereka bersama penjaga gol Penang, Khatul Anuar yang menyebabkan beliau jatuh terbaring.

Namun, disebabkan bola masih dalam permainan, pemain gantian Baqiuddin Shamsudin dilihat melambung semula bola ke depan gawang yang terbuka dan ditanduk oleh David Rowley untuk gol kedua tuan rumah. Ketika itu, Khatul Anuar tampak masih terbaring dan tiada sebarang pergerakan dapat dilihat daripadanya.

Pengadil perlawanan, Hamdan Awang tidak memberikan sebarang advantage kepada Penang, malah gol Sri Pahang itu turut dibenarkan. Apa yang pasti, Khatul Anuar telah diberikan rawatan yang panjang oleh pegawai perubatan pasukan sebelum akhirnya terpaksa diusung keluar dan tempatnya diambil alih oleh Hafizul Hakim.

Gol ini yang telah melonjak semangat Sri Pahang dan merentap moral Penang untuk seterusnya Tok Gajah mendapat gol ketiga menerusi pemain gantian, Sean Giannelli pada minit ke-73. Mereka menang 3-1 dan ini adalah aksi pertama mereka meledak lebih satu gol selepas kali terakhir melakukannya pada November 2021.

Sebelum itu, aksi babak pertama berakhir dengan kedudukan 1-1 selepas Penang kembali mengikat kedudukan.

Pada minit ke-28, pemain tengah, Nor Azam Azih berhasil memberikan jaringan pembukaan buat Tok Gajah menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti untuk menewaskan Khatul Anuar buat kali pertama pada malam ini. Jaringan tersebut juga merupakan yang pertama buat dirinya pada musim ini selepas empat aksi.

Minit ke-42, Faiz Mazlan berjaya melepaskan satu rembatan deras dari luar kotak penalti, namun ia berjaya ditepis Mamadou Samassa yang kemudian dikeluarkan oleh benteng tuan rumah sebelum disambar lawan. Tiga minit kemudian, tidak disangka-sangka, pelawat akhirnya berjaya juga untuk menyamakan kedudukan.

Bermula dengan jaringan David Rowley yang dibatalkan pengadil, Penang membuat counter-attack seterusnya menekan benteng tuan rumah menerusi Faizat Ghazli sebelum bola disambar pemain gantian, Sukri Hamid yang baru dimasukkan menggantikan Azzizan Nordin untuk menewaskan Mamadou Samassa di gawang.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pengurusan Penang mengenai keadaan semasa Khatul Anuar yang dikhabarkan mengalami kecederaan di kepala dan menanti laporan pegawai perubatan di hospital. Situasi sebegini sememangnya tidak diinginkan sesiapa pun, tetapi apa yang dilakukan oleh pengadil ketika itu?

Diharapkan akan ada penjelasan mengenai insiden ini dan mengapa jaringan itu diberikan kepada Sri Pahang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN