Video: Juventus Tumpaskan Genoa, Ledakan Cristiano Ronaldo Curi Tumpuan

Juventus

Juventus mengekalkan kelebihan empat mata di hadapan pencabar terdekat, Lazio dalam saingan Serie A 2019/20 selepas berjaya menundukkan Genoa 3-1 pada aksi yang berlangsung di Stadio Luigi Ferraris, awal pagi tadi.

Pasukan pelawat yang mendominasi permainan sejak dari awal, sedikit hampa pada aksi babak pertama apabila gagal menemui sentuhan gol berikutan kekentalan penjaga gol mereka yang dipinjamkan ke Genoa, Mattia Perin.

Perin begitu tangkas terutamanya dalam menafikan dua rembatan padu yang diledakkan bintang utama Juventus, Cristiano Ronaldo.

Kecemerlangan Perin bagaimanapun terhenti pada minit ke-50 apabila gerakan solo dari Paulo Dybala dalam kawasan penalti berjaya disudahkan dengan baik pemain kelahiran Argentina itu bagi membuka tirai jaringan.

Jaringan tersebut nyata menjadi tonik yang cukup berguna buat skuad bimbingan Maurizio Sarri itu dalam usaha untuk menjulang trofi Serie A buat kali kesembilan berturut-turut.

Kecewa beberapa percubaannya dihalang Perin, Cristiano Ronaldo menebus kehampaan tersebut pada minit ke-56 selepas ledakan padunya dari luar kawasan penalti Genoa tidak berjaya diselamatkan penjaga gol tersebut untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Gol tersebut merupakan koleksi jaringan ke-24 buat Ronaldo pada musim ini dalam saingan Serie A. Beliau ketika ini ketinggalan lima gol di belakang penjaring terbanyak dari Lazio, Ciro Immobile.

Pemain sayap lincah, Douglas Costa kemudiannya melebarkan penguasaan dengan jaringan cantik pada minit ke-73 sebelum pemain muda, Andrea Pinamonti meledakkan jaringan saguhati buat Genoa berselang tiga minit kemudian untuk perlawanan berkesudahan 3-1 memihak skuad The Old Lady.

Selepas mengharungi 29 perlawanan liga, Juventus telah mencatatkan 23 kemenangan, tiga keputusan seri dan tiga kekalahan untuk mengumpul 72 mata.

Lazio mengekori rapat dengan 68 mata manakala Inter Milan yang kekurangan satu perlawanan pula mengumpul 61 mata untuk berada di kedudukan ketiga.

Lawan seterusnya yang bakal ditentang pendahulu Serie A itu adalah Torino pada Sabtu ini dan selepas itu, AC Milan menanti mereka di San Siro pada pertengahan minggu hadapan.

Kredit featured image: Facebook Rasmi Juventus

Baca artikel lain dari kami mengenai Cristiano Ronaldo:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN