Quantcast

BERITA

Video: Jose Mourinho Salahkan Pengadil Sebagai Punca Manchester United Seri 0-0 Lawan Southampton

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menyalahkan kegagalan pasukannya untuk menang dalam aksi Premier League awal pagi tadi kepada kegagalan pengadil untuk menghadiahkan penalti selepas bola terkena tangan Maya Yoshida pada separuh masa pertama.

Manchester United sekadar seri 0-0 dengan Southampton di Old Trafford awal pagi tadi.

Kegagalan untuk menang ini jelas mengecewakan Mourinho. “Kami bermain cukup baik untuk mencipta peluang gol. Sudah tentu kami juga terlepas peluang mudah untuk menjaringkan gol,” katanya.

“Tetapi saya paling tak gembira dengan insiden penalti. Bukannya dengan persembahan pengadil [Craig Pawson] secara keseluruhannya, tetapi dengan insiden penalti tersebut. Ia jelas penalti untuk kami,” ujar Mourinho.

Pertahanan tengah Southampton, Maya Yoshida jelas mengaku bernasib baik terlepas daripada hukuman pengadil berhubung insiden tersebut. “Kadangkala kami dapat nasib baik daripada pengadil. Kadangkala tidak. Hari ini kami dapat nasib baik,” kata pertahanan kelahiran Jepun tersebut.

Sudahlah tidak mendapat penalti, nasib malang United berterusan lagi apabila penyerang utama mereka, Romelu Lukaku terpaksa diusung keluar pada separuh masa pertama.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 30: An injured Romelu Lukaku of Manchester United is strechered off during the Premier League match between Manchester United and Southampton at Old Trafford on December 30, 2017 in Manchester, England. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

Mourinho yang mengaku tahu Lukaku sedang keletihan berkata dalam sidang pra-perlawanan semalam bahawa beliau ‘tidak mempunyai pilihan lain’ selain daripada terus memainkannya.

Ini kerana beliau mahu memastikan United kembali mengutip 3 mata selepas gagal berbuat demikian dalam 3 perlawanan sebelum ini.

Lukaku yang memulakan karier United beliau dengan 11 gol dalam 10 perlawanan, kini hanya menjaringkan 4 gol dalam 19 perlawanan terakhir. Beliau dikeluarkan sejurus selepas terlepas peluang menjaringkan gol hasil hantaran lintang Juan Mata pada awal separuh masa pertama.

Ini kerana penyerang Belgium ini berlaga kepala dengan pertahanan Southampton, Wesley Hoedt ketika cuba menanduk hantaran lintang tersebut.

Paul Pogba turut mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Tetapi gol yang dijaringkan beliau dibatalkan pengadil kerana kesalahan ofsaid.

Southampton juga turut mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Percubaan Shane Long yang memaksa David de Gea untuk terbang menyelamatkan bola tersebut adalah peluang terbaik Southampton untuk mendapatkan gol.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!