VIDEO: Jaringan Penalti Kolarov Musnahkan Harapan Inter Milan Raih Kemenangan Di Rome

Kolarov

Dua kali kelebihan jaringan yang dimiliki Inter Milan gagal dijelmakan menjadi kemenangan apabila AS Roma bangkit untuk mengikat kedudukan 2-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadio Olimpico, Rome.

Pertembungan kedua-dua pasukan dalam saingan Serie A yang sudah memasuki perlawanan ke-171 itu menyaksikan Aleksandar Kolarov menjadi pemusnah harapan Inter Milan menerusi jaringan penyamaan menerusi sepakan penalti pada minit ke-75 perlawanan.

Pasukan pelawat membuatkan penyokong AS Roma tergamam pada minit ke-37 selepas Keita Balde menyudahkan hantaran lintang Danilo D’Ambrosio untuk gol pertama buat skuad bimbingan Luciano Spalleti itu.

Cengiz Under kembali menyamakan kedudukan berselang enam minit selepas perlawanan bersambung menerusi satu jaringan yang cukup menarik.

ROME, ITALY – DECEMBER 02: Marcelo Brozovic with his goalkeeper Samir Handanovic of FC Internazionale competes for the ball with Gengiz Under of AS Roma during the Serie A match between AS Roma and FC Internazionale at Stadio Olimpico on December 2, 2018 in Rome, Italy. (Photo by Paolo Bruno/Getty Images)

Under yang mendapat lorongan daripada Bryan Christante, melepaskan rembatan padu dari jarak hampir 23 meter sekaligus membuatkan penjaga gol Inter Milan, Samir Handanovic terpaku.

Inter Milan sekali lagi berada di hadapan apabila ketua pasukan, Mauro Icardi menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru yang diambil Marcelo Brozovic di minit ke-66.

Skrip yang sama berlaku setelah AS Roma dihadiahkan sepakan penalti setelah pemain pasukan tuan rumah mendakwa bola yang cuba ditanduk Milan Skriniar bagi mengeluarkan bola dari kawasan bahaya terkena tangan Brozovic.

Pengadil perlawanan, Gianluca Rocch mendapatkan bantuan Video Assistant Referee (VAR), tanpa berlengah memberikan sepakan penalti dan Kolarov tidak melepaskan peluang bagi kembali menyamakan kedudukan.

Kedudukan 2-2 kekal hingga tamat permainan untuk meletakkan Inter Milan di tangga ketiga dengan 29 mata manakala AS Roma kini menghuni tempat ketujuh selepas mengumpul 20 mata.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN