Skuad futsal Perak (lebih dikenali Perak Futsal) mencatatkan kemenangan bergaya pada aksi ke-12 saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019 selepas menundukkan KL City FC 6-0 di Shah Alam.
Kejayaan yang diraih petang semalam itu merupakan kemenangan keenam buat Perak untuk menduduki tempat ketiga dengan mengumpul 20 mata pada ketika ini.
Apa yang mencuri tumpuan penulis adalah jaringan berpasukan pada minit ke-32 yang dicipta Perak bagi menjadikan kedudukan 3-0.
Gol yang dihasilkan Muhamad Razin Bin A. Rahim itu berpunca hasil kombinasinya bersama Shamar Fadzil, Firdaus Zulkefli dan Zamiruddin Jalaludin.
Kombinasi dengan satu ‘build up play’ yang memperlihatkan corak permainan pantas dengan hantaran pendek sekaligus membuatkan lawan mereka terjerat dengan usaha tersebut.
Penguasaan bola yang cukup baik disertakan dengan penyudah tajam dari Razin melonjakkan kegembiraan buat penyokong setia Perak yang sentiasa memberikan sokongan buat pasukan.
Kredit video & foto: Astro Arena & Perak Futsal