Penyokong Pulau Pinang Cedera Dipukul

Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang penyokong bola sepak Pulau Pinang setelah beliau mendakwa telah dipukul oleh sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Datuk Keramat pada Santu lalu.

Kejadian dikatakan berlaku selepas mangsa hadir menyaksikan perlawanan Piala Malaysia membabitkan pasukan Pulau Pinang dan Perak di Stadium Bandaraya.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimana Che Awang yang mengesahkan menerima laporan tersebut, mangsa lelaki berusia 18 tahun itu didakwa diserbu sekumpulan lelalu disyaki penyokong Perak ketika singga di stesen minyak yang terletak berdekatan stadium tersebut.

Menerusi laporan asal oleh BERNAMA, ACP Che Zaimana Che Awang dipetik sebagai berkata:

“Dalam kejadian 11.30 malam itu, remaja yang menunggang motosikal berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas perlawanan itu, sebelum singgah di stesen minyak tersebut.

“Remaja itu mendakwa dia kemudiannya diserbu sekumpulan lelaki disyaki penyokong Perak, iaitu lebih lima orang dan seorang daripadanya telah menumbuk muka mangsa sebelum dia berjaya melarikan diri,” katanya melalui satu kenyataan semalam.

Mangsa dikatakan mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk hidung dan mata kiri sehingga menyebabkan sakit kepala. Mangsa juga tidak mengenali identiti suspek yang memukulnya.

Dalam perlawanan pada Sabtu lalu, penyokong kedua-dua pasukan terlibat dengan perselisihan faham di dalam stadium sehingga membabitkan balingan objek. Insiden tersebut turut menyebabkan rusuhan sebelum dileraikan pihak berkuasa.

“Kejadian ini berpunca setelah selesai perlawanan bola sepak tersebut, yang mana penyokong pasukan Perak dikatakan telah mula membaling bekas air minuman berisi air ke penyokong pasukan Pulau Pinang, sehingga menyebabkan berlaku baling membaling barang di antara kedua-dua pihak, sehingga ia berlarutan di luar stadium,” jelas Che Zaimana lagi.

Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapat rakaman kamera litar tertutup yang terdapat di kawasan kejadian, bagi membantu siasatan kes berkenaan. Lima lelaki suspek kejadian juga kini sedang diburu untuk tujuan pengecaman.

Che Zaimana turut mengesahkan kes disiasat menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh tanpa senjata.

Berikut adalah rakaman pergaduhan di dalam stadium.

 

VIDEO PERGADUHAN PENYOKONG PENANG DAN PERAK

Semalam selepas perlawanan Penang menentang Perak ada sedikit pergaduhan dan aksi tumbuk menumbuk antara kedua penyokong.Sapa yang ada dekat stadium boleh bagitau apa puncanya?

*Liga Malaysia dan tumbuk menumbuk tak dapat dipisahkan.Daripada pemain sampai la ke penyokong.Patut la dok taraf tu saja gred liga dari dulu sampai sekarang.Insiden yang sangat memalukan.

Posted by ROTP on Saturday, August 24, 2019

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN