[Video]: Insiden Farizal Tidak Sedarkan Diri Selepas Perlanggaran Dengan Shane Lowry

Penjaga gol JDT dilihat tidak sedarkan diri selepas perlanggaran dengan rakan sepasukannya, Shane Lowry dalam perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim pada malam tadi.

Insiden tersebut berlaku pada minit ke-61 perlawanan pada ketika kedudukan JDT sedang mendahului Terengganu 2-1.

Perlanggaran tidak disengajakan itu berlaku selepas kedua-dua pemain cuba memintas ancaman daripada pemain sayap Terengganu, Syafik Ismail yang cuba melakukan hantaran lintang di hadapan gawang JDT.

Reaksi Shane Lowry yang melihat keadaan Farizal sambil menjerit memanggil pasukan perubatan segera masuk ke padang pasti mencemaskan sesiapa sahaja yang menyaksikan perlawanan terebut.

Insiden tersebut menyebabkan pengadil menghentikan perlawanan seketika untuk Farizal dibenarkan mendapat rawatan kecemasan sebelum penjaga gol berusia 35 tahun itu dikejarkan ke hospital.

Melalui muat naik di media sosial rasmi skuad Harimau Selatan itu, Farizal kini berada di dalam keadaan stabil.

Penjaga gol skuad kebangsaan itu bagaimana pun akan terus dipantau keadaannya sebelum dibenarkan kembali menyertai pasukan untuk berlatih atau diturunkan untuk perlawanan seterusnya.

Dalam perlawanan pada malam tadi JDT meneruskan rekod cemerlang kemenangan 100% selepas empat perlawanan.

Dua gol oleh penyerang import, Bergson da Silva pada separuh masa pertama perlawanan cukup untuk memberikan JDT tiga mata yang mereka cari.

Bergson Da Silva menjadi wira dalam perlawanan tersebut apabila meledak dua gol untuk mengesahkan kemenangan skuad Harimau Selatan di sebalik kebangkitan yang cuba dijelmakan oleh pelawat menerusi gol tunggal yang diledak oleh Kpah Sherman.

Bergson tidak menunggu lama untuk memberi khabar gembira buat para penyokong JDT apabila beliau meledak gol pada minit ke-6 setelah menerima hantaran lintang yang baik daripada Corbin Ong untuk menewaskan penjaga gol kebangsaan, Rahadiazli Rahalim.

Tersentak dengan jaringan awal itu, Terengganu cuba memberi reaksi dengan turut melancarkan serangan ke kubu tuan rumah yang diketuai Farizal Marlias selaku penjaga gol utama pasukan.

Akhirnya gol penyamaan yang dicari pasukan pelawat menjelma pada minit ke-30 apabila Sherman kali ini tidak mensia-siakan peluang untuk meledak gol pertama beliau musim ini setelah Farizal Marlias gagal untuk menangkap kemas bola hasil percubaan Manuel Ott sebelum mudah diambil peluang oleh penyerang itu untuk menyepak masuk ke dalam gawang gol.

Bergson sekali lagi bertindak balas untuk mencipta nama selaku penjaring gol kedua pasukan tidak lama selepas itu untuk kembali menjarakkan kedudukan semasa pada minit ke-32 setelah menerima umpanan cantik daripada sebelah kanan oleh Arif Aiman Hanapi untuk menanduk masuk bola tersebut ke dalam gawang gol lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN