Liga Super: Ada Bergson Ada Gol, JDT Terus Mengukuhkan Carta Liga Musim 2022

Johor Darul Takzim (JDT) seolah tidak dapat dihalang lagi walaupun saingan Liga Super 2022 masih lagi baru berlangsung apabila kali ini menjadikan Terengganu pula sebagai mangsa mereka dalam aksi sengit di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam dengan keputusan 2-1.

Bergson Da Silva menjadi wira dalam perlawanan tersebut apabila meledak dua gol untuk mengesahkan kemenangan skuad Harimau Selatan di sebalik kebangkitan yang cuba dijelmakan oleh pelawat menerusi gol tunggal yang diledak oleh Kpah Sherman.

Seawal perlawanan menyaksikan tuan rumah mendominasi perlawanan dengan siri serangan dilancarkan mereka untuk menekan pertahanan Terengganu yang dilihat ada perubahan dalam kalangan pemain berbanding aksi sebelum ini sewaktu mereka tewas di tangan Petaling Jaya City.

Bergson tidak menunggu lama untuk memberi khabar gembira buat para penyokong JDT apabila beliau meledak gol pada minit ke-6 setelah menerima hantaran lintang yang baik daripada Corbin Ong untuk menewaskan penjaga gol kebangsaan, Rahadiazli Rahalim.

Tersentak dengan jaringan awal itu, Terengganu cuba memberi reaksi dengan turut melancarkan serangan ke kubu tuan rumah yang diketuai Farizal Marlias selaku penjaga gol utama pasukan.

Kpah Sherman hampir menyamakan kedudukan buat Terengganu apabila penyerang dari Liberia ini berjaya melepaskan satu rembatan leret hasil dari gerakan solo menarik beliau sebelum bola sedikiy tersasar dari gawang gol pada minit ke-9.

Akhirnya gol penyamaan yang dicari pasukan pelawat menjelma pada minit ke-30 apabila Sherman kali ini tidak mensia-siakan peluang untuk meledak gol pertama beliau musim ini setelah Farizal Marlias gagal untuk menangkap kemas bola hasil percubaan Manuel Ott sebelum mudah diambil peluang oleh penyerang itu untuk menyepak masuk ke dalam gawang gol.

Nyata perlawanan ini menjadi sesuatu yang semakin menarik apabila Bergson sekali lagi bertindak balas untuk mencipta nama selaku penjaring gol kedua pasukan tidak lama selepas itu untuk kembali menjarakkan kedudukan semasa pada minit ke-32 setelah menerima umpanan cantik daripada sebelah kanan oleh Arif Aiman Hanapi untuk menanduk masuk bola tersebut ke dalam gawang gol lawan.

Pada minit ke-40, Terengganu hampir kembali menyamakan kedudukan setelah Kpah Sherman sekali lagi hadir dengan siri serangan berbahaya menerusi satu percubaan deras sebelum bola sekadar menggegar gawang gol setelah mendapat satu hantaran cantik daripada Manuel Ott tatkala Farizal Marlias sudah pun tertewas.

Dalam aksi separuh masa kedua, Bergson hampir melengkapkan hatrik untuk dirinya pada minit ke-55 menerusi satu percubaan berjaya hasil umpanan Arif Aiman sebelum Rahadiazli bertindak cemerlang untuk menepis bola tersebut.

Kpah Sherman juga pastinya antara pemain yang kecewa apabila dirinya juga terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan buat Terengganu setelah berjaya melepaskan satu percubaan menarik pada minit ke-59 sebelum pertahanan JDT, Shane Lowry menyelamatkan keadaan walaupun Farizal sudah pun tewas.

Namun harga mahal terpaksa dibayar oleh tuan rumah apabila Farizal Marlias terpaksa diusung keluar setelah mengalami kecederaan apabila beliau berlanggar dengan Shane Lowry sewaktu ingin menyelamatkan gawang gol JDT.

Keputusan kekal tamat dengan JDT terus mencatat kemenangan keempat berturut-turut dengan tiada lagi gol terhasil selepas itu untuk menjadikan mereka terus kukuh di persada liga setakat ini sambil Terengganu terus dirundung kekecewaan apabila mencatat dua kekalahan mereka pada awal musim ini.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN