Dalam bola sepak terutamanya di kancah antarabangsa, kita dapat saksikan akan ada beberapa wartawan yang akan sering mencuri tumpuan ketika jendela perpindahan berlangsung.
Mereka akan menjadi pemecah berita atau whistle-blower dengan menjadi orang pertama memberitahu berita rasmi mengenai perpindahan pemain-pemain di liga utama dunia.
Jika sebelum ini, peminat bola sepak di England akan terhibur melihat pengacara Sky Sports, Jim White dengan tali leher kuningnya pada setiap kali hari terakhir perpindahan, kini bola sepak ada kegemaran baharu.
Memperkenalkan, Fabrizio Romano.
Wartawan yang berusia 26 tahun ini sejak beberapa musim telah menonjolkan kredibilitinya sebagai pemecah berita perpindahan pemain bola sepak.
Beliau telah diangkat sebagai wartawan yang melaporkan pelbagai berita perpindahan dengan tepat dan kini telah menjadi sumber sahih kepada media-media di seluruh dunia.
Dalam video keluaran Bleacher Report ini, Romano menceritakan bagaimana beliau memperoleh informasi mengenai perpindahan Chris Smalling dari Manchester United ke AS Roma secara pinjaman.
Jelas sekali, telefon pintar tidak lekang dari tangannya dan beliau sendiri mengaku yang dirinya melakukan lebih 50 panggilan telefon kepada ejen pemain setiap hari!
Saksikan video yang kami sediakan di bawah.