Quantcast

BERITA

Aaron Wan-Bissaka Disingkir Dari Skuad England Kerana Cedera

Pemain pertahanan kanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka kini telah disingkirkan dari skuad kebangsaan England selepas mengalami kecederaan.

Laporan dari The Guardian melaporkan kenyataan dari pihak England FA mengatakan bekas pemain Crystal Palace itu mengalami kecederaan di bahagian belakang.

Disebabkan kecederaan itu, Wan-Bissaka terlepas aksi pusingan kelayakan EURO 2020 apabila England akan menentang Bulgaria dan juga Kosovo yang merupakan penampilan pertama beliau untuk negarannya.

Pihak Manchester United mengatakan situasi ini jelas buruk buat mereka dengan Wan-Bissaka kini diragui untuk memulakan perlawanan buat kelab itu ketika aksi pertama selepas minggu antarabangsa menentang Leicester City.

Walaupun begitu, England FA memilih untuk tidak melakukan sebarang penggantian pemain kerana mereka sudah mempunyai baki dua pertahanan kanan lain di dalam skuad itu.

Dua pertahanan kanan yang dimaksudkan adalah Trent Alexander-Arnold dari Liverpool dan juga Kieran Trippier (Tottenham Hotspur).

Keputusan untuk tidak memanggil pengganti Wan-Bissaka jelas mengundang pertikaian peminat skuad England apabila pemain Manchester City, Kyle Walker terus dipinggirkan.

Wan-Bissaka mempunyai musim yang setakat ini baik buat dirinya selepas melengkapkan perpindahan ke Manchester United di awal musim.