Terengganu bakal melayan kunjungan Sri Pahang malam ini dalam aksi timbal balik saingan Piala Malaysia 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.
🏴🏳 HARI PERLAWANAN TM PIALA MALAYSIA 2022 : TERENGGANU FC VS SRI PAHANG FC 🏴🏳
TERENGGANU FC vs SRI PAHANG FC
📆 1 November 2022
⏰ 9.00 pm
🏟 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/wxKLlhGQ4u— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) November 1, 2022
Namun, situasi mungkin berubah jika keadaan hujan lebat di sana masih lagi tidak berhenti ketika ini dengan perubahan tarik perlawanan atau dimulakan lebih lewat.
Sebentar tadi, satu video pendek telah dimuat naik oleh Football Terengganu di Twitter dengan menunjukkan suasana semasa dalam stadium yang agak merisaukan.
Hujan lebat yang turun ketika ini jelas menunjukkan keadaan padang telah ditenggelami dengan air selain jarak penglihatan juga agak terbatas untuk aksi diteruskan.
SSMZA terkini. @MFL_MY 👀
Jadi tak game ni aok @ElephantArmy#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/BSzXR1z09f
— Football Terengganu (@FootballTRG) November 1, 2022
Memandangkan stadium tersebut juga tidak berbumbung, ianya pasti memberi kesan besar buat para penyokong ketika ini untuk bertedu dalam stadium selain isu takungan air.
Perkara tersebut bukan baharu lagi berlaku di SSMZA apabila satu klip video sebelum itu pernah tular, apabila salah satu kawasan penyokong telah ditakungi air sehingga paras peha.
Ianya berlaku ketika perlawanan Liga Super 2022 membabitkan antara pasukan tuan rumah menentang Negeri Sembilan pada bulan Jun lalu.
Sekiranya hujan masih berterusan, adalah lebih baik perlawanan dimulakan dengan lebih lewat untuk memberi ruang buat petugas stadium mengurangkan takungan air di atas padang.
Atau, langkah lebih baik ialah perlawanan ditunda kepada tarikh lain seperti yang pernah berlaku dalam aksi Liga Super lalu dengan membabitkan pertemuan antara Negeri Sembilan menentang Kedah Darul Aman (KDA) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Aksi malam ini boleh dianggap Terengganu sudah pun sebelah kaki melangkah ke pusingan seterusnya, setelah sebelum itu mereka berhasil memperoleh kemenangan besar untuk atasi Sri Pahang.
Kemenangan 5-1 di Stadium Darul Makmur sebelum itu jelas memberi harapan tinggi buat para penyokong Terengganu untuk pasukan kesayangan mereka mara lebih jauh pada musim ini.
🎥JUST KPAH SHERMAN THINGS..
He's back with a hatrick 😎
brought by Terengganu Inc. pic.twitter.com/UtAmldxKdm
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) November 1, 2022
Penyerang import Terengganu, Kpah Sherman jelas menjadi igauan ngeri buat Sri Pahang pada aksi lalu, setelah pemain ini meledak hatrik untuk menyempurnakan malam gemilang pasukan tersebut.
Sri Pahang pula, mereka jelas perlu bekerja lebih keras untuk memburu lima jaringan sekurangnya bagi mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya serta tidak boleh dibolosi.