Quantcast

BERITA

Video: Henry Pamer Teknik Ikonik ‘Fake Shot Pass’ Dan Lencongkan Bola

Tak akan pernah hilang ataupun malar hijau (evergreen), itulah yang boleh digambarkan kepada Thierry Henry.

Satu perlawanan khas reunion pasukan Juara Dunia Perancis 1998 telah menentang pasukan All Star 1998 di Stade De France.

Perancis 1998 menang 3-2 dalam perlawanan ini. Paling menarik adalah gol Henry ini yang dimulakan dari tengah padang. Beliau kemudian melakukan teknik ikonik beliau fake shot pass kepada Zidane.

Zidane mengembalikan bola itu dan Henry melencongkan bola secara in-swinger. Henry memang dikenali dengan percubaan yang lebih mementingkan ketepatan (accuracy) berbanding kekuatan (power).

Seterusnya adalah gol Zidane ke penjuru jauh menewaskan penjaga gol lawan. Kualiti yang masih ada di kaki Zidane.

France 98: Barthez, Thuram, Blanc, Desailly, Lizarazu, Karembeu, Petit, Djorkaeff, Zidane, Henry, Guivarch

Simpanan: Lama, Charbonnier, Candela, Djetou, Leboeuf, Boghossian, Lamouchi, Vieira, Pires, Ba, Dugarry, Diomede

All Star 98: Toldo, Zenoni, Simic, Aldair, Saveljic, Rommasi, Davids, Stoijkovic, Eto’o, Vieri, Stoitchkov

Simpanan: James, Bilic, Issa, Ntampizas, Mendieta, Stanic, Karagounis, Morientes, Kluivert, Bolt

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!