Rusia 2018: Australia Tidak Gentar Dengan Barisan Bintang Perancis

Penjaga gol Australia, Matt Ryan memberi amaran betapa skuad yang diberi julukan Socceroos itu merancang untuk mengejutkan Perancis pada kempen Piala Dunia ketika kedua-duanya bertembung di sini, Sabtu ini.

“Ayuh perlawanan dengan Perancis, kami sudah bersedia… dan kami mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan ini,” kata penjaga gol Brighton itu. Kami tidak sabar menanti hari Sabtu ini.”

Tidak sampai sehari selepas tiba di Kazan, keyakinan Australia mungkin boleh dianggap sebagai kesan akibat penerbangan jarak jauh tetapi skuad kendalian Bert van Marwijk itu hanya melakukan penerbangan jarak dekat dari Turki.

Mereka begitupun memperoleh pembakar semangat terbaik apabila memenangi kedua-dua perlawanan pemanas badan dengan menewaskan Republik Czech (4-0) dan Hungary (2-1) sebelum tiba di Russia.

Skuad Piala Dunia Australia. FOTO: Carltex Socceroos

Perancis yang dilimpahi dengan bakat bertaraf dunia termasuk Antoine Griezmann dan Paul Pogba dilabel pemain tengah Australia, Massimo Luongo, sebagai antara calon juara di samping Brazil dan Jerman.

Namun finalis Euro 2016 itu diberi amaran supaya jangan memandang rendah Australia yang sudah bertambah baik serta lebih bertekad tinggi ketika pertemuan di Arena Kazan.

“Saya melihat kepada statistik sebelum perlawanan dengan Czech yang kami sudah lama tidak menang perlawanan menentang pasukan Eropah,” katanya.

“Kami berjaya melakukannya dua kali dalam tempoh beberapa minggu.”

Dikenali sebagai jurulatih yang membawa Belanda ke final Piala Dunia 2010, Van Marwijk begitupun tidak meletakkan sasaran ‘bulan dan bintang’ buat Socceroos di Russia.

“Hanya satu perkara yang dihitung, untuk melepasi peringkat kumpulan,” kata Van Marwijk.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN