VIDEO: Haaland Jaringkan 9 Gol Di Piala Dunia B-20, Padam Rekod Adailton Di Sarawak

Erling Braut Haaland menjaringkan sembilan gol ketika membantu Norway membelasah Honduras 12-0 di pertandingan Piala Dunia Bawah 20, yang sedang rancak berlangsung di Poland.

Kemenangan dengan jaringan 12 gol ini merupakan rekod baharu kejohanan, dan merupakan rekod jaringan tertinggi oleh seorang pemain dalam satu perlawanan.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Adailton Martin yang menjaringkan enam gol untuk membantu Brazil membelasah Korea Selatan 10-3 dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Sarawak, Kuching – ketika Malaysia menjadi tuan rumah.

Erling Braut Haaland

Haaland adalah anak kepada bekas pemain tengah Norway, Alf-Inge Haaland, membuka tirai jaringan seawal minit ke-7 perlawanan. Honduras mengakhiri perlawanan dengan sembilan pemain, sebelum Haaland melengkapkan sembilan jaringan pada masa kecederaan.

Pemain berusia 18 tahun itu kini beraksi bersama pasukan Red Bull Salzburg di Austria, dan dilahirkan di Leeds ketika ayahnya beraksi di Liga Inggeris.

Dalam dua perlawanan terdahulu, Haaland gagal menemui sentuhan penyudah yang diperlukan untuk Norway.

Belum selamat

Kemenangan ini menyaksikan Norway menduduki tangga ketiga Kumpulan C, tatkala Honduras berada di kedudukan tercorot. Hanya dua pasukan dari setiap kumpulan akan layak ke pusingan berikut secara automatik.

Manakala Norway harus menunggu keputusan akhir dari Kumpulan E dan F – untuk tampil sebagai salah sebuah daripada empat pasukan terbaik yang menduduki tangga ketiga kumpulan.

Anda boleh saksikan rangkuman perlawanan melalui pautan di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN