Sergio Ramos Mahu Eden Hazard Datang Ke Real Madrid

Ramos

Selepas segala ketengangan beliau dengan Florentino Perez diselesaikan – dengan sidang media terbuka semalam, Sergio Ramos dalam masa yang sama menyatakan beliau mahu melihat Eden Hazard menyertai beliau di Real Madrid.

Selepas membantu Chelsea menjuarai Europa League, Eden Hazard menganggap ia adalah hari untuk ucap selamat tinggal kepada Chelsea.

Real Madrid sudah lama berkenan dengan Eden Hazard, terutama sekali selepas mereka kehilangan ‘marquee player’ – Cristiano Ronaldo.

Namun selepas Piala Dunia 2018, Chelsea meminta harga lebih £200 juta. Real Madrid menganggap ia adalah tanda harga untuk pemain yang bukan untuk dijual.

Kovacic
LONDON, ENGLAND – MAY 09: Eden Hazard of Chelsea during the UEFA Europa League Semi Final Second Leg match between Chelsea and Eintracht Frankfurt at Stamford Bridge on May 9, 2019 in London, England. (Photo by Marc Atkins/Offside/Getty Images)

Walaubagaimanapun, Chelsea masih gagal mencapai persetujuan dengan Eden Hazard. Chelsea beberapa hari lalu menyatakan mereka hanya akan menjual Hazard dengan nilai £130 juta. Satu angka yang agak terlalu tinggi untuk pemain berusia 29 tahun – yang dalam masa 6 bulan lagi akan menjadi ejen bebas.

Kapten Real Madrid, Sergio Ramos percaya Eden Hazard pemain yang hebat dan sesuai dengan Real Madrid.

Ramos berkata: “Pada pandangan saya, beliau pemain yang hebat, berada di tahap tertinggi dan beliau akan menjadi pemain yang hebat untuk Real Madrid.”

“Hazard boleh mengisi kehilangan yang teruk dalam pasukan Real Madrid.”

Eden Hazard merupakan pemain penyerang yang lincah dan mampu untuk menjadi penjaring serta pencipta gol.

Rakan sepasukan Hazard di Chelsea, David Luiz menganggap Hazard adalah kehilangan sangat besar. Menurut Luiz, hanya Messi atau Cristiano Ronaldo sahaja yang boleh menggantikan Hazard di Chelsea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN