Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee melakukan percaturan berani dengan merubah posisi Baddrol Bakhtiar sebagai penyerang utama dan ia membuahkan hasil menerusi gol tanduk terbang dan akrobatik.
Seperti biasa, Kim Swee diketahui gemar dengan formasi taktikal 3-4-3 dengan Baddrol Bakhtiar tidak bermain di posisi biasanya di jentera tengah atau sayap, namun sebagai penyerang utama dengan dibantu Amri Yahyah dan Taiki Kagayama di sebelah kanan dan kirinya. Dan ia nampak seakan-akan sedikit kekok di atas kertas.
Di tengah, bekas pengendali skuad kebangsaan itu meletakkan gandingan dua pemain yang pernah beraksi di Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Gary Steven Robbat dan Stuart Wilkin. Walaupun tidak menguasai permainan, namun The Rhinos berjaya mencipta gol pembukaan perlawanan di laman lawan, Stadium Bandaraya.
Perlawanan di babak pertama berakhir dengan kedudukan Sabah mendahului aksi 1-0, hasil jaringan tanduk terbang oleh Baddrol Bakhtiar di minit ke-22. Ia dihasilkan selepas tekanan demi tekanan diberikan oleh tuan rumah sejak dari wisel permulaan menerusi beberapa percubaan berbahaya.
Disebalik tekanan oleh tuan rumah, Sabah beroleh jaringan pendahuluan hasil tandukkan terbang kapten, Baddrol Bakhtiar. Saddil Ramdani bijak mencipta ruang buat dirinya untuk membuat hantaran lintang rendah untuk ditanduk oleh Baddrol pada minit ke-22. Satu percaturan yang berhasil oleh Datuk Ong Kim Swee.
Tiga kali pemain sayap kanan, Faizat Ghazli melepaskan peluang terbaik untuk Penang berada di depan iaitu di minit ke-6 , ke-8 dan ke-36. Walaupun berada di depan gawang, Faizat Ghazli masih gagal untuk melakar gol.
23' GOL | Baddrol Bakhtiar menanduk masuk hantaran lintang Saddil Ramdani untuk membuka tirai jaringan di Stadium Bandaraya!@Penang_FC 0-1 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/uauSFGKczp
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 17, 2022
Sentuhan tipisnya hasil hantaran lintang T. Saravanan sedikit tersasar ke sebelah kiri gawang yang dikawal Khairul Fahmi, sementara peluang keduanya pula menerusi tandukkan cemerlang ditepis penjaga gol utama Sabah itu – hasil hantaran lintang oleh kapten, Azmi Muslim yang tepat menemuinya yang tidak dikawal.
Empat minit berselang, Faizat Ghazli sekali lagi menjadi tumpuan apabila melepaskan peluang ketiganya untuk melakar jaringan. Hantaran lintang oleh Saravanan gagal disentuhnya dengan kemas untuk menerjah jaring.
Sabah langsung tidak memberikan respon seperti sebelum jaringan pertama terhasil. Mereka hanya bertukar-tukar hantaran, namun gagal untuk memecah masuk lebih kerap ke kawasan defensive third Harimau Kumbang.
Perlawanan antara Penang dan Sabah masih berlangsung saat ini di babak kedua dengan kedudukan Penang 1-4 Sabah. Dan Baddrol Bakhtiar sekali lagi menjadi tumpuan menerusi jaringan akrobatik di minit ke-61.
60' GOL | Baddrol Bakhtiar melakukan "overhead kick" untuk gol ketiga Sabah malam ini!@Penang_FC 1-3 @SabahFCofficial #LigaSuper2022 pic.twitter.com/rXBHubjCWc
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 17, 2022