Bola sepak sentiasa tidak mengecewakan. Saban perlawanan pastinya akan ada gol-gol menarik yang terhasil.
Dan ini terhasil sekali lagi ketika aksi Piala MFL antara Negeri Sembilan dan Selangor di Paroi semalam.
Pemain Selangor, Izrin Ibrahim mencipta sensasi apabila menjaringkan gol ala Anugerah Puskas untuk menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan.
Jaringan yang terhasil pada minit ke-76 itu terjasi selepas Izrin mendapati penjaga gol tuan rumah tidak berada pada posisinya.
Peluang itu kemudiannya diambil dengan baik oleh Izrin untuk menghukum penjaga gol dan sekali gus memberikan gol kedua buat Selangor.
Gol berkualiti tinggi ini nyata sebuah jaringan yang baik bertaraf Anugerah Puskas namun ianya tidak cukup untuk memberikan Selangor kemenangan.
Selangor kemudiannya bolos dua gol pada minit-minit akhir perlawanan oleh Negeri Sembilan untuk membolehkan tuan rumah meraih satu mata dalam saingan Piala MFL.
Saksikan roket Izrin yang cukup hebat dalam video di bawah:
What A Goal …
Adakah Layak Mendapat Dalam List PUSKAS pic.twitter.com/ks0Bm2JSSH
— Emmy Hazrul (@EmmyHazrul) July 6, 2023