2 Peledak Import Kelantan United Sedia Beri Igauan Ngeri Buat Perak

Kelantan United menjadi antara kelab yang sangat aktif pada jendela perpindahan kedua dalam saingan Liga Super 2023, selepas beberapa rombakan baharu telah dibuat.

Musim ini, segalanya tampil dengan serba tidak begitu menjadi buat Kelantan United selepas keputusan perlawanan serta aksi ditampilkan jelas tak memberansangkan kepada para penyokong.

Malah, sentuhan daripada bekas pengendali mereka iaitu Thomas Trucha juga gagal membawa Kelantan United tampil lebih baik sehingga beliau menjadi antara jurulatih terawal dipecat dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.

Untuk itu, beberapa perubahan baharu dibuat kelab tersebut dengan mereka turut melantik jurulatih baharu yang sangat berpengalaman untuk menaikkan kembali mutu permainan mereka.

Selain menandatangani Ailton da Silva selaku jurulatih baharu Kelantan United, pasukan tersebut turut mendapatkan beberapa tonggak import baharu serta khidmat pemain tempatan untuk terus memperkukuhkan setiap posisi yang dianggap lemah.

Antara pemain paling mencuri tumpuan pastinya terarah kepada Ismaheel Akinade yang sebelum itu sudah pun membuktikan kualiti beliau ketika bersama Kelantan The Red Warriors (TRW).

Ismaheel yang memutuskan untuk menamatkan kontrak lebih awal bersama Kelantan TRW tidak menunggu lama untuk terus menyertai pasukan baharu dan pastinya reputasi penyerang tersebut akan terus diperlihatkan musim ini dalam Malaysia.

Kelantan United sebelum itu mengalami isu kualiti penyudah sejak awal musim dengan mereka lebih bergantung harap kepada penyerang import dari Filipina iaitu OJ Porteria.

OJ Porteria boleh disifatkan sebagai kunci kekuatan Kelantan United musim ini, menerusi kelincahan serta gerakan beliau yang sangat baik di bahagian serangan kelab tersebut untuk mendapatkan jaringan.

Berdepan Perak malam ini, dilaporkan Ismaheel Akinade turut dibawa ke Ipoh bersama para pemain lain dan dijangka beliau bakal dibawa turun beraksi untuk memperkukuhkan aspek serangan Kelantan United.

Pastinya pengendali mereka Ailton sedar ini merupakan peluang terbaik buat Kelantan United dalam misi untuk terus mendapatkan tiga mata penting selepas melihat keadaan semasa pasukan lawan.

Malah, menerusi beberapa lagi pemain baharu dibawa masuk menyaksikan pengendali tersebut pastinya akan turut membuat perubahan untuk disesuaikan dengan taktikal permainan di atas padang.

Walaupun begitu, ianya bukan suatu tugas mudah buat Kelantan United kerana Perak pastinya turut tidak ingin melepaskan peluang bagi mendapatkan tiga mata penuh di hadapan penyokong sendiri.

Malah kemenangan pada perlawanan ini dianggap sangat penting buat dua pasukan tersebut dalam misi untuk terus memperbaiki kedudukan semasa dalam carta Liga Super 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN