VIDEO: Kompilasi Gol Pembukaan Kejohanan Piala Dunia 1982-2014

Kejohanan bola sepak terulung di dunia akan memulakan sepak mula beberapa jam sahaja lagi.

Rusia menjadi tumpuan dunia bermula daripada hari ini sehinggalah ke perlawanan akhir pada 15 Julai akan datang.

Memulakan kejohanan Piala Dunia pada malam ini, pasukan tuan rumah Rusia akan berhadapan dengan wakil Asia, Arab Saudi.

Soalannya, siapakah yang bakal menjaringkan gol pertama kejohanan pada edisi 2018 ini?

Sejak beberapa edisi Piala Dunia yang lalu, perlawanan pembukaan sering menampilkan kejutan kepada penyokong bola sepak antarabangsa.

Ketika Asia pertama kali menjadi tuan rumah Piala Dunia, gol tunggal jaringan Bouba Diop untuk Senegal mengejutkan pasukan tuan rumah Perancis yang tewas 1-0 dalam perlawanan pembukaan tersebut

Perancis yang merupakan tampil sebagai jaura bertahan pada edisi 2002 tersebut kemudiannya menamatkan cabaran di tangga tercorot kedudukan kumpulan.

Di edisi 1982 yang diadakan di Sepanyol, Belgium turut melakukan antara kejutan terbesar di dalam kejohanan edisi tersebut apabila menewaskan Argentina 1-0 di perlawanan pembukaan.

Gol jaringan Erwin Vandenbergh pada minit ke-62 perlawanan untuk Belgium menyebabkan Argentina yang dibarisi pemain seperti Diego Maradona dan Mario Kempes berputih mata.

1982 World Cup Finals, Barcelona, Spain, 13th June, 1982, Argentina 0 v Belgium 1, Argentina’s Diego Maradona challenges Belgium’s Frank Vercauteren (Photo by Bob Thomas/Getty Images)

Anda juga pasti ingat apa yang berlaku di perlawanan pembukaan pada empat tahun yang lalu.

Marcelo menjaringkan gol sendiri untuk gol sulung kejohanan di edisi 2014, sebelum Brazil bangkit menewaskan Croatia 3-1 dalam perlawanan tersebut.

Kita semua tahu apa yang berlaku kepada Brazil selepas itu, walaupun hadir sebagai pasukan tuan rumah.

Gol pembukaan di Piala Dunia turut pernah menyaksikan gol-gol cantik dijaringkan oleh pemain dari pelbagai negara.

Germany’s Philip Lahm celebrates scoring the opening goal of the game (Photo by Mike Egerton – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Jaringan pembukaan oleh Philip Lahm pada minit ke-6 menentang Costa Rica melencong deras ke penjuru gawang Costa Rica untuk kemenangan 1-0 negara tuan rumah pada edisi 2006 kejohanan.

Gol pembukaan oleh Siphiwe Tshabalala untuk Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan menentang Mexico yang berkesudahan 1-1, turut menyaksikan ‘goal celebration’ yang dianggap epik pada hari ini.

Penjaring gol pembukaan turut menyaksikan beberapa nama besar dari beberapa kuasa bola sepak dunia. Antaranya ialah Cesar Simpaio dari Brazil pada 1998, Jurgen Klinsmann dari Jerman pada 1994, dan juga jaringan Omam Biyick yang membantu Cameroon mengejutkan Argentina pada edisi 1990.

Siapakah bakal menjaringkan gol pertama kejohanan edisi 2018 pada malam ini?

Berikut adalah rangkuman gol pembukaan Piala Dunia dari 1982 sehingga 2014.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN