Previu: 4 Fakta Pertemuan Rusia vs Arab Saudi, Perlawanan Pembukaan Paling Teruk?

Piala Dunia 2018 akhirnya membuka tirainya pada hari ini. Perlawanan di antara Rusia dan Arab Saudi akan dijadualkan sepak mula pada 11.00 malam ini.

1. Perlawanan pembukaan membosankan?

Sudah kedengaran suara-suara menyatakan perlawanan ini mungkin akan menjadi antara perlawanan pembukaan paling teruk dalam sejarah Piala Dunia.

Rusia dan Arab Saudi adalah 2 pasukan yang berada di ranking paling rendah di kalangan 32 negara bertanding. Jadi, ini adalah perlawanan yang menemukan 2 pasukan paling lemah dalam kejohanan ini ataupun pertarungan 2 biggest underdogs. 

Namun sudah satu kebiasaan, apabila negara penganjur yang kurang hebat, berpotensi mencetuskan perlawanan pembukaan yang dianggap tidak berkualiti apabila perlawanan pertama juga berhadapan dengan pasukan yang di kalangan pasukan lemah dalam kejohanan.

Sebagai peminat bola sepak, kita tidak mahu perkara ini berlaku.

2. Cabaran puasa di kem Arab Saudi

Arab Saudi berhadapan dengan isu bermain pada bulan puasa. Memang diakui ramai pemain mereka terpaksa menangguhkan puasa kali ini terutama sekali pemain utama pasukan.

Cabaran mereka tetap ada. Ini kerana rutin mereka sepanjang sebulan persiapan ke Piala Dunia 2018 telah berubah dari segi jadual tidur, pemakanan dan macam-macam lagi.

Namun begitu, Arab Saudi yakin mereka tiada masalah untuk hal ini kerana selama ini, bola sepak dan bulan puasa bukan perkara yang asing. Liga bola sepak mereka sendiri tiada cuti semata-mata kerana bulan puasa.

3. Taktikal

Roberto Mancini sebelum ini memuji kepantasan yang dimilki Arab Saudi di bawah kendalian pengurus yang gemarkan bola sepak bertenaga iaitu Juan Antonio Pizzi.

Pizzi sebelum ini pernah mengendalikan Chile, beliau membawa Chile menjuarai Copa America dan salah satu elemen yang beliau suntik adalah bola sepak bertenaga dengan stamina yang tinggi.

Manakala Rusia pastinya akan cuba menyediakan pelan taktikal yang lebih ofensif dalam perlawanan ini. Mereka menjadikan perlawanan ini perlawanan boleh menang (winnable).

4. Pemain tumpuan

2 pasukan tetap memiliki kualiti pemain untuk disaksikan seperti Dzagoev, Semedov untuk pasukan Rusia. 2 pemain ini memiliki kemampuan teknikal yang baik. Dzagoev pernah mejadi sasaran banyak kelab di liga utama di Eropah.

Manakala untuk Arab Saudi, pemain yang digelar Neymar Arab oleh peminat, Salem Al Dossari seharusnya menjadi perhatian.

Salem Al Dossari pemain yang berjaya memikat Villareal selepas aksi cemerlang dalam Piala Dunia B-20 di Colombia pada 2011, mara ke suku akhir kejohanan. Sebelum ke Villareal, beliau menjadi pemain utama Al Hillal.

Sebelum sepak mula

2 pasukan ini pastinya tidak mahu dikenang dengan label perlawanan pembukaan yang teruk. Di atas kertas, Rusia diletakkan sebagai pasukan pilihan.

Salah satu elemen yang akan membuatkan perlawanan ini diingati adalah, Arab Saudi mengejutkan tuan rumah di perlawanan pembukaan selain daripada pertarungan taktikal yang sengit.

Apa jangkaan anda untuk perlawanan pembukaan ini? Kongsikan dengan kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN