Video: Gelagat Kasper Schmeichel dan Alex Bruce Sewaktu Kanak-Kanak

Penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel dan pemain Wigan Athletic, Alex Bruce sudah mengenali antara satu sama lain sejak kecil lagi. Mereka sebenarnya tinggal berjiran sewaktu bapa mereka beraksi di Manchester United.

Kasper mewarisi bakat bapanya menjadi penjaga gol. Uniknya, si bapa dan anak mempunyai medal kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Alex Bruce pula tidaklah sebaik Kasper. Namun, beliau tidak ketinggalan menjadi pertahanan sebagaimana bapanya, Steve Bruce. Beliau pernah beraksi di bawah bimbingan bapanya di Hull City.

Aksi menarik

Dalam video diatas, Kasper Schmeichel telah menjadi penjaga gol manakala Alex Bruce menyepak bola tersebut.

Alex Bruce memakai baju hitam. Cuma tidak dapat dipastikan siapakah gerangan yang memakai jersi Manchester United.

Will dan Jaden Smith versi bola sepak? Mungkin. Sumber: Daily Mirror.

Turut berada di dalam video ini ialah Tom Ince, anak kepada Paul Ince. Tom Ince kini beraksi bersama Huddersfield Town. Namun begitu, Tom sempat menjadi pemain Blackpool ketika di bawah kendalian bapanya pada beberapa musim lalu.

Dipercayai video ini dirakamkan pada tahun 1994 di Old Trafford. Tom Ince pada ketika itu berumur 2 tahun. Alex pula berumur 9 tahun manakala Kasper muda 2 tahun daripadanya.

Kenangan

Alex memberitahu Daily Mail bahawa selepas tamat zaman persekolahannya, beliau dan Kasper akan bermain bola sepak sekitar rumah mereka. Malah, Kasper sendiri menjadi penjaga gol seperti ayahnya.

Alex, dua dari kiri manakala Kasper di tengah-tengah. Sumber: Mighty Leeds.

Alex sendiri juga memberitahu beliau mencuba banyak kali menjaringkan gol. Setelah lebih 15 tahun video itu dirakam, mereka berdua menjadi rakan sepasukan di Leeds United. Musim tersebut ialah pada 2010-11.

Dan posisi masing-masing ialah sebagaimana posisi bapa mereka dahulu di Manchester United. Deja vu!

Adakah anda mempunyai rakan yang dikenali kerana bapa anda dan bapanya merupakan teman sekerja? Atau anda mengikut jejak langkah mereka pula?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN