Carlos Carvalhal Cetus Kelainan Berikan Tart Portugis Kepada Wartawan

Carlos Carvalhal

Sidang media merupakan elemen penting untuk kelab menaikkan reputasinya. Media merupakan salah satu rakan sinergi yang penting dalam bola sepak.

Layanan baik terhadap media juga akan membuatkan mereka disegani dan dihormati. Itulah dilakukan oleh Carlos Carvalhal, pengurus Swansea City.

Kejutan

Carlos mengagihkan tat kepada wartawan bertugas. Sumber: Daily Mail.

Ia tidak sebagaimana biasa ketika sesi media pra-perlawanan. Carlos membawakan sejenis tart untuk diagihkan kepada wartawan bertugas.

Wartawan yang bertugas di Swansea itu terkejut serta gembira dengan layanan beliau. Pengurus berbangsa Portugis itu mengagihkan pasties de nata, sejenis pastri yang mirip tart kastad.

Malah, semasa menjawab soalan wartawan, beliau masih sempat mengunyah makanan tersebut. Ini menimbulkan reaksi gelak tawa semasa sesi soal jawab.

Nampaknya, beliau telah membina reputasi baik bersama wartawan.

Siapa beliau?

Beliau mengejutkan ramai pihak kerana telah terpilih menjadi pengurus Swansea City. Beliau bermula dengan meyakinkan apabila daripada 10 perlawanan terkini bersama Swansea, kelab itu menang 5 kali dan hanya tewas sekali.

Malah, beliau sempat memberi analogi melucukan semasa satu sesi sidang media. Antaranya “kami mahu tandatangani ‘udang galah’ tetapi kami sedar kelab mempunyai wang untuk membeli sardin.”

Bekas pengurus Sheffield Wednesday ini pertama kali menjadi pengurus kelab berstatus Premier League. Mungkinkah beliau berjaya mengekalkan Swansea sebagai kelab di divisyen teratas itu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN