Video: Lihat Bagaimana Hebatnya Filipe Luís Selesaikan Permainan Kubus Rubik

Anda pasti pernah bermain permainan kubus rubik sekurang-kurangnya sekali sepanjang hidup anda. Ia boleh menjadi satu permainan yang mengasyikkan, juga boleh menguji sejauh mana kesabaran anda dalam mencari penyelesaian.

Permainan kubus rubik dicetuskan pada 1974 oleh seorang profesor dalam bidang arkitek dari Hungary, Erno Rubik. Kubus ini pada mulanya merupakan sebahagian daripada alat bantuan mengajar yang untuk membantu pelajar-pelajarnya memahami objek 3D.

Kubus rubik berbentuk kubus dan memiliki enam sisi warna yang berbeza, dengan ukuran rubiks normal 5,6 cm. Tetapi banyak juga variasi ukuran kubus yang lain, seperti rubik jumbo dengan ukuran 7 cm.

Bahkan ada juga rubiks cube mini dengan ukuran 3 cm. Kubus rubik yang berada di pasaran pada hari ini, datang dengan pelbagai saiz seperti Rubiks 2x2x2, 3x3x3, 4x4x4, 5x5x5, 6x6x6, 7x7x7, 9x9x9, dan 11x11x11 untuk memberi pilihan kepada pemain.

Kubus rubik adalah sejenis permainan yang mengkehendaki kita untuk menyelesaikan masalah struktural dengan memecahkannya kepada bahagaian-bahagian berdasarkan keyakinan si pemain, dengan mekanisme yang tidak akan menceraikan seluruh kubus rubik sehingga menemui penyelesaian warna yang sama pada setiap sisi kubus.

Tanpa disedari, Erno Rubik telah menemui sejenis permainan teka teki yang baru. Setelah beberapa kali memohon untuk tujuan menuntut hak paten kepada pencipta kubus rubik, akhirnya pada 1977 permainan kubus rubik mulai dikenali di seluruh dunia.

Untuk menjadi seorang pemain yang handal, si pemain harus mempunyai kepakaran yang tajam, dan mempunyai imaginasi yang tinggi. Semakin tajam pemikiran anda, semakin tinggi imaginasi yang anda miliki, semakin pantaslah anda menyelesaikan permaianan kubus rubik.

Video di bawah memaparkan kecekapan Felipe Luis menyelesaikan permainan kubus rubik. Bekas pemain Chelsea yang kini bersama Atletico Madrid ini menyelesaikan permainan kubus rubik hanya beberapa minit, membuatkan penonton yang hadir dalam satu rancangan di Sepanyol itu kagum.

Jika anda memerhatikan corak pemain pemain berusia 32 tahun ini bersama Atletico Madrid, keupayaan beliau melakukan larian di sebelah kiri meninggalkan posisi pertahanan untuk membantu serangan, memerlukan seorang pemain pertahanan yang memiliki imaginasi dan kebijaksanaan.

Penyokong dan penonton kagum akan keupayaan Luis di atas padang. Begitu juga ketika Luis menyelesaikan permainan kubus rubik ini.
Saksikan video di bawah.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN