FIFA Sedia Ambil Alih Bola Sepak Australia, FFA Ugut Ke Mahkamah

Pengerusi Konfederasi Bola Sepak Australia (FFA), Steven Low tidak menolak kemungkinan akan mengheret FIFA ke mahkamah jika badan bola sepak dunia itu bertegas menyingkirkan pengurusan FFA untuk mengambil alih perjalanan bola sepak di negara Socceroos itu.

Bola sepak di Australia mengundang campur tangan daripada FIFA selepas percubaan FFA untuk melakukan perubahan kepada ahli kongres sedia ada gagal mencapai persetujuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk bola sepak Australia itu.

(Photo credit should read PETER PARKS/AFP/Getty Images)

AGM yang diadakan pada Khamis lalu juga merupakan tarikh akhir untuk mereka berbuat demikian.

Untuk rekod, FFA telah menerima notis untuk melakukan perubahan tersebut dari setiausaha agung FIFA pada ketika itu, Jerome Valcke hampir 2 tahun yang lalu.

Perubahan tersebut perlu dilakukan bagi membenarkan FFA menjadi lebih demokratik, inklusif dan diwakili secara lebih adil di kalangan ahli gabungan.

Kegagalan mencapai kata sepakat oleh FFA bermakna mereka gagal mempraktikkan kehendak dan peraturan yang dikehendaki oleh FIFA menggunakan kaedah dan rundingan di kalangan mereka sendiri.

(Photo by Brendon Thorne/Getty Images)

Lowy gagal untuk mendapatkan sokongan dari ahli FFA yang lain untuk menstrukturkan semula badan bola sepak Australia itu selepas 3 badan utama yang mempunyai kepentingan di dalam FFA menolak usul tersebut.

Kelab A-League, Football NSW dan juga Persekutuan Bola Sepak Victoria menolak model penstrukturan kongres yang dicadangkan oleh Lowy.

Ini bermakna penstrukturan tersebut hanya akan mengundang campur tangan FIFA dan akan diputuskan seawal minggu hadapan.

(Photo by Stuart Franklin – FIFA/FIFA via Getty Images)

Badan induk bola sepak dunia itu telah pun mengutus sepucuk surat untuk menyatakan akan mengganti peranan FFA dengan satu komiti khas untuk mentadbir bola sepak Australia buat sementara waktu.

Proses pengambilalihan tersebut dijadualkan bermula pada Selasa minggu hadapan. Dalam sepucuk surat bertarikh 5 Julai, setiausaha agung FIFA, Fatma Samoura (gambar atas) turut telah memberi amaran bahawa pengambilalihan akan dilakukan jika FFA gagal melakukan perubahan selepas tarikh akhir mereka diarahkan berbuat demikian.

Kemelut yang melanda FFA ini dipercayai tidak akan mengganggu peluang Australia ke Piala Dunia 2018. Ia lebih kepada urusan dalaman bola sepak Australia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN