VIDEO: FIFA Senaraikan 10 Calon Anugerah Puskas 2019, Tiada Gol Syahmi Dan Goulon

FIFA sudah pun mengeluarkan senarai calon-calon Anugerah Puskas FIFA 2018/19 bagi memlilih gol tercantik daripada ribuan gol yang dijaringkan di seluruh dunia antara 16 Julai 2018 sehingga 19 Julai 2019.

FAM dilaporkan telah menghantar dua pencalonan iaitu jaringan Syahmi Safari ketika pertarungan Malaysia menentang Thailand dalam saigan Piala AFF Suzuki tahun lepas dan gol sepakan percuma dari jarak jauh oleh pemain pertahanan Pahang, Herald Goulon dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA pada bulan Jun lepas.

Tiada pencalonan dari Malaysia

Dukacita dimaklumkan, kedua-dua gol berkenaan tidak dipilih oleh FIFA untuk memasuki senarai akhir 10 gol terbaik sekaligus meranapkan impian rakyat Malaysia untuk melihat pemain liga Malaysia memenangi anugerah berprestij tersebut.

Dalam laman sesawang rasmi badan induk bola sepak dunia itu menjelaskan, Gol-gol yang dicalonkan itu telah dipilih oleh panel pemilihan FIFA dan pakar bola sepak. Undian boleh dibuat oleh orang awam di sini sehingga 1 September 2019 untuk memilih tiga gol terbaik. Pemenangnya akan diputuskan selepas dinilai oleh lagenda-lagenda bola FIFA.

Tiga tahun lalu, anak Malaysia kelahiran Kedah, Faiz Subri pernah menggegarkan dunia bola sepak dengan sepakan percuma ajaibnya ketika mewakili pasukan Pulau Pinang. Hasil sentuhan magisnya itu, gol beliau diumumkan sebagai pemenang Anugerah Puskas pada Malam Anugerah FIFA yang berlangsung di Zurich Switzerland pada Januari 2017.

10 gol yang memasuki senarai akhir adalah seperti berikut:

1. Matheus Cunha (RB Leipzig) – Bayer Leverkusen vs RB Leipzig – 6 April

2. Juan Fernando Quintero (River Plate) – River Plate vs Racing Club – 10 Februari 2019

3. Ajara Nchout (Cameroon) – Cameroon vs New Zealand – 20 Jun 2019

4. Zlatan Ibrahimovic (LA Galaxy) – LA Galaxy vs Toronto – 16 September 2018

5. Lionel Messi (FC Barcelona) – Real Betis vs FC Barcelona – 17 Mac 2019

6. Amy Rodriguez (Utah Royals FC) – Utah Royal FC vs Blue FC – 16 Jun 2019

7. Fabio Quagliarella (Sampdoria) – Sampdoria vs Napoli – 2 September 2018

8. Andros Townsend (Crystal Palace) – Manchester City vs Crystal Palace – 22 Disember 2018

9. Billie Simpson (Cliftonville Ladies FC) – Sion Swifts FC vs Cliftonville Ladies FC – 9 Ogos 2018

10. Daniel Zsori (Debrecen FC) – Debrecen FC vs Ferencvaros FC – 16 Februari 2019

Anda boleh menonton video tersebut melalui pautan di atas.

Untuk melakukan undian gol tercantik pilihan anda, sila klik pada pautan FIFA.Com yang kami sediakan di sini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN