Tular sebuah rakaman video CCTV kejadian beberapa pegawai dan pemain Persis Solo menyerbu penyokong Persita Tangerang, malah terlihat kelibat bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Rodriguez di dalamnya.
Bekas pemain Kelantan tahun 2018 iaitu Ferdinand Sinaga juga kelihatan.
Media Indonesia melaporkan, penyokong itu didakwa membaling batu ke arah bas mereka selepas perlawanan Liga 1 antara kedua-dua pasukan.
Situasi yang sama pernah berlaku ke atas bas yang membawa pegawai dan pemain Arema FC yang diserang penyokong PSS Sleman beberapa hari lalu.
Tindakan tersebut bukan sahaja menyebabkan banyak kerosakan terjadi di sekeliling bas, malah ia turut menyebabkan beberapa pemain serta staf kejurulatihan telah terkena tempias daripada aksi keganasan tersebut.
Insiden Ganas Kembali Di Liga Indonesia, Giliran Bas Arema Diserang Penyokong Lawanhttps://t.co/3weSyFL2WB
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 28, 2023
Walaupun pelakunya sudah berjaya ditangkap pihak polis, namun tersebar kejadian sebelum penangkapan yang menyaksikan pelakunya ‘dikenduri’.
Nampaknya pegawai dan pemain pasukan juga sudah hilang sabar dengan sifat tidak bertamadun penyokong di sana. Ia terakam oleh sebuah CCTV.
Paling menarik perhatian adalah kelibat dua pemain yang amat dikenali di Liga Malaysia iaitu Ferdinand Sinaga dan Fernando Rodriguez yang turut dilihat menyerbu penyokong tersebut yang ‘tersilap’ memilih jalannya.
Beliau memasuki sebuah kedai dan tiada jalan keluar selain pintu masuk!
Bus yang ditumpangi oleh para pemain Persis Solo dilempari oleh beberapa orang suporter Persita Tangerang usai laga di Indomilk Arena.
🎥: IG/aferiov#Persita #Persis #Liga1 pic.twitter.com/FJxU7aRFea
— GOAL Indonesia (@GOAL_ID) January 28, 2023
Pemain-pemain Persis Solo berjaya mengejar, menyerbu dan menangkap pelakunya, malah situasi ini turut melibatkan Sinaga dan Rodriguez.
Sinaga adalah pemain pertama yang memukul pelaku itu dan berlalu pergi sebelum menjadi hidangan ‘kenduri’. Rodriguez kelihatan terpinga-pinga.
Adakah ini kali pertama dalam kariernya beliau berdepan situasi sebegitu? Namun, sebelum itu beliau dilihat turut ‘ghairah’ mengejar pelakunya.
Namun, situasi tegang di dalam kedai itu berjaya dileraikan kemudian dan pelakunya telah dibawa kepada pihak polis untuk diambil tindakan lanjut.
Tidaklah dapat dipastikan sepenuhnya sama ada yang memukul beramai-ramai itu adalah pegawai dan pemain Persis Solo, namun terlihat kelibat pemain-pemain Persis Solo menyerbu dan beberapa individu yang memukul itu berpakaian yang hampir sama dengan pasukan – berwarna gelap.
Beberapa pemain & Official Persis Solo juga terlihat turun dari Bus mengerjar beberapa Oknum supporter yang melakukan penyerangan & pelemparan batu.
Supporter Kampungan!👎🫢 pic.twitter.com/3qt778fWfp
— FaktaBola (@FaktaSepakbola) January 28, 2023
Cuma yang jelas adalah Sinaga antara yang telah memukul pelaku tersebut.
Sinaga pernah berkelana ke Kelantan sementara Rodriguez pernah tampil bermain untuk Kedah dan JDT sepanjang empat tahun di Malaysia.
Presiden Persita Tangerang, Ahmed Rully Zulfikar dalam kenyataannya menyatakan rasa geram dan kecewanya terhadap kelakuan penyokong.
Menerusi Instagramnya, Ahmed melepaskan titipan rasa kecewa dan amat marah, “Apa gak belajar dari kejadian sebelumnya. Bikin malu Tangerang.”
Beliau sebelum itu merujuk kepada Tragedi Kanjuruhan yang nampaknya tidak diambil sebagai pengajaran oleh para penyokong Persita Tangerang.