VIDEO: Contoh Seni Pemain Tengah Defensif Gaya Edgar Davids

Edgar Davids dikenali bukan sahaja kerana penampilan beliau dengan kacamata di atas padang. Tetapi juga dikenali kerana gaya permainan bertenaga beliau.

Pada era kemuncak karier, Davids menjadi pemain yang sangat penting kepada Belanda serta kelab yang beliau wakili seperti Milan, Juventus, Barcelona, Inter dan Ajax.

Edgar Davids berada dalam senarai 100 pemain terbaik pilihan FIFA sempena 100 tahun FIFA pada 2004.

Berikut antara kejayaan beliau sepanjang karier:

Eredivisie: 1993/94, 1994/95, 1995/96
KNVB Cup: 1992/93, 2006/07
UEFA Champions League: 1994/95
UEFA Cup: 1991/92
UEFA Super Cup: 1995
Intercontinental Cup: 1995
Serie A: 1997/98, 2001/02, 2002/03
Supercoppa Italiana: 2002, 2003
Coppa Italia: 2004/05

Ada satu kompilasi aksi Davids yang menunjukkan bagaimana Edgar Davids bermain sebagai pemain tengah defensif ataupun no.6.

Secara asasnya, Davids adalah pemain tipikal ‘roburst defensive midfielder’ yang sangat agresif. Namun beliau tetap memiliki kualiti tambahan – bukannya sekadar menjadi pembentes dan penghancur gerakan lawan.

Seorang pemain no.6 yang baik haruslah ada kemampuan untuk bertahan dan menyerang. Aspek serangan, jika mereka lebih baik, maka semakin baik nilai tambah pada kualiti mereka. Davids merupakan salah seorang pemain yang ada kualiti sebagai pemain penjaring tambahan.

https://twitter.com/FootballRemind/status/1123302106021208064

Lihat aksi di bawah ini, bagaimana Davids beraksi sebagai pemain tengah defensif ketika bersama Juventus menentang Inter Milan. Ianya dianggap antara aksi terbaik Davids sebagai pemain tengah defensif.

Beliau mengawal tempo permainan. Beliau juga sangat baik dalam mengekang serangan balas daripada lawan.

Seterusnya beliau juga memiliki kemampuan melakukan pelbagai jenis hantaran. Selain itu, Davids seorang yang sentiasa aktif membekalkan sokongan kepada rakannya.

Sebagai pivot sudah pastinya kualiti menukar arah permainan adalah paling pentong.

Saksikan di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN