Bola Sepak Di Sini Lain, Tegas Hamsik Apabila Ditanya Kenapa Tak ‘Perform’ Di CSL

Sejak menyertai Liga Super China, Marek Hamsik bergelut dengan prestasi. Beliau kemudian ditanya oleh wartawan soalan cepu emas. Kenapa beliau gagal menyerlah?

Hamsik menjawab: “Bola sepak di sini lain sedikit dengan Eropah. Saya perlukan masa untuk menyesuaikan diri.”

Hamsik juga menjelaskan beliau sukar untuk berkomunikasi dengan rakan sepasukan dalam pasukan Dalian Yifang.

Marek Hamsik merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Napoli. Beliau meninggalkan Napoli untuk menyertai Dalian Yifang pada Februari lalu. Sehingga kini beliau gagal mencatatkan sebarang gol mahupun ‘assist’ dalam 6 perlawanan untuk Dalian Yifang.

Lebih teruk lagi, beliau disisihkan dalam aksi menentang Beijing Guoan pada Ahad lalu – di mana Dalian Yifang teas 4-1. Jangankan kata kesebelasan utama – senarai pemain simpanan pun Hamsik tidak berjaya lepasi dalam perlawanan ini.

Hamsik menjelaskan beliau juga kecewa dengan prestasi semasanya. Beliau berkata: “Secara jujurnya saya tidak berpuas hati dengan persembahan saya setakat ini.”

“Saya sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk membantu pasukan – sama seperti yang saya lakukan selama ini. Namun saya berhadapan dengan situasi yang saya tak pernah hadapi sebelum ini.”

“Ada perbezaan yang besar di antara bola sepak China dengan Eropah. Namun saya akan berusaha untuk mengatasi kesulitan ini dan beradaptasi.”

Bekas kapten Napoli itu juga menganggap isu bahasa sebagai salah satu cabaran beliau.

“Banyak kali saya cuba berkomunikasi dengan rakan sepasukan. Di atas padang, oleh kerana masalah bahasa, saya hanya mampu menggunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi.”

Dalian hanya menang 1 daripada 7 aksi CSL setakat ini. Rakan sepasukan Hamsik, Yannick Carrasco baru-baru ini menyatakan beliau tidak pasti akan masa hadapan beliau di kelab itu.

Ini selepas Carrasco turut disisihkan dalam aksi Ahad lalu. Carrasco menjadi pemain simpanan yang tidak digunakan dalam perlawanan tersebut.

Carrasco sudah bersedia seandainya pengurusan Dalian Yifang mahu menyingkirkan beliau.

Walaubagaimanapun, Hamsik enggan megalah. Hamsik mengakui ada beeberapa kelab Eropah yang mahukan khdimat beliau. Namun Hamsik menjelaskan, beliau bukan pemain yang mudah berpaling arah. Hamsik sebelum ini bermain selama 12 tahun di Napoli. Pada kemuncak karier beliau juga mendapat perhatian banyak kelab elit Eropah yang lain.

Beliau berkata: “Semua pemain di sini ada ruang untuk memperbaiki diri, termasuk saya.”

“Kesetiaan adalah perkara yang sangat penting di dalam padang dan di luar padang – iaitu di dalam kehidupan kita sebagai manusia. Saya pastinya akan cuba melakukan yang terbaik yang saya mampu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN