VIDEO: Bojan Hodak ‘Kepala Angin’ Mengamuk Tumbuk ‘Tactical Board’, Baling Air Mineral

Kepalanya yang botak menambahkan kebengisan di wajah Bojan Hodak. Siapa pun akan rasa gentar berhadapan dengan tatapan mata daripada jurulatih dari Croatia itu.

Hodak sememangnya dikenali sebagai seorang jurulatih yang sentiasa serius ketika berada di dalam padang latihan. Begitu juga ketika  perlawanan sedang berlangsung.

Kata-kata yang keluar daripada jurulatih berusia 50 tahun itu juga sentiasa direct dan adakalanya tidak berlapik demi memastikan mesej yang mahu disampaikan difahami.

Selepas perlawanan menentang Kedah pada April lalu, Hodak tidak teragak-agak meninggalkan temubual bersama media kerana tidak berpuas hati dengan pengadil – dan enggan memberikan komen.

Begitu juga dengan kejadian lama seperti di dalam klip di bawah. Pada ketika ini Bojan Hodak mengamuk dan mahu berkonfrontasi dengan pihak lawan.

Serius dengan pemain

Hodak sebenarnya adalah seorang jurulatih yang sangat demanding daripada pemain-pemainnya. Beliau mahu setiap pemain memahami taktikal dan gaya permainan yang beliau mahu terapkan.

Lihat sahaja perlawanan akhir Piala Malaysia pada Selasa lalu. Disiplin taktikal yang diterapkan oleh Hodak kepada pemain berjaya membuahkan hasil sehingga berjaya mengejutkan JDT.

Namun untuk memahami apa yang dituntut oleh Hodak, sebenarnya tidak mudah. Pemain-pemain KL City sendiri seperti sudah masak dan lali dengan sifat ‘kepala angin’ jurulatih itu.

Baru-baru ini tular satu lagi klip video Hodak mengamuk di dalam bilik persalinan, dipercayai ketika menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur untuk perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Berdasarkan perbualan di dalam rakaman tersebut, Hodak kelihatan bengang kerana pemain tidak memahami sistem man-to-man marking yang beliau arahkan.

Sebaliknya pemain-pemain berterusan melakukan foul yang boleh memudaratkan pasukan mereka sendiri.

Kerana begitu marah, Hodak dilihat menumbuk papan taktikal (tactical board) di dalam bilik persalinan. Beliau turut melontar sebotol air mineral ke lantai untuk melepas geram.

Mujurlah botol tersebut tidak kena tepat ke arah pemain yang hanya terdiam mendengar Hodak meluahkan kekecewaannya.

Tetap disenangi

Walaupun berkepala angin, Hodak tetap menjadi jurulatih yang disayangi pemain di KL City FC. Harijadi ke-50.

Pada Mei lalu, pemain KL City sempat menyambut hari kelahiran ke-50 di Stadium Cheras Kuala Lumpur selepas kemenangan ke atas Penang FC.

Dalam video yang dikongsikan oleh Astro Arena, Hodak disimbah dengan air yang dipenuhi ais oleh Akram Mahinan dan pemain-pemain KL City yang lain.

 

Kredit Klip Asal: Astro Arena

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN