EPL: Carrick ‘Angkat Kaki’ Tinggalkan Man Utd Selepas 15 Tahun Setelah Menang Ke Atas Arsenal

Michael Carrick sah meninggalkan Manchester United selepas merekodkan kemenangan pertama selaku pengurus sementara Manchester United, selepas pemecatan Ole Gunnar Solskjaer.

Carrick sempat mengendalikan tiga perlawanan Manchester United sementara menunggu kelab itu mengesahkan Ralf Rangnick sebagai pengurus interim yang lebih berpengalaman.

Daripada tiga perlawanan tersebut, Carrick membantu Manchester United meraih dua kemenangan, ketika menentang Villareal (2-0) dalam perlawanan UEFA Champions League – kemenangan yang mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati – dan kemenangan 3-2 di Old Trafford pada pagi tadi.

Manchester United turut mengikat pendahulu Liga Perdana Inggeris dengan jaringan 1-1 dalam perlawanan pada hujung minggu lalu. Semua keputusan tersebut dianggap sebagai sesuatu yang postif di Old Trafford selepas beberapa minggu yang sukar sehingga menjurus kepada pemecatan Solskjaer.

Keputusan diri sendiri

Bercakap kepada media selepas kemenangan ke atas Arsenal pada pagi tadi, Carrick berkata: “Ia adalah 100% keputusan daripada saya sendiri.

“Saya telah membuat keputusan sejak minggu lalu. Saya menghormati kelab dan pengurus baharu yang akan tiba. Tidak ada sebarang isu mengenai itu.

“Saya membuat keputusan sebelum berjumpa [Ralf Rangnick]. Ia keputusan [meninggalkan Man Utd] yang sukar, tetapi sesuatu yang baik untuk kelab. Saya cuma amat terdesak untuk [Man Utd] menang perlawanan ini.

“Ia [tugas bersama Man Utd] mengambil alih kehidupan anda. Saya telah berjanji dengan keluarga selepas bersara sebagai pemain akan meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.

“Tetapi saya terus terjun ke dalam bidang kejurulatihan dan ia mengorbankan lebih banyak masa. Saya kini tenang, tetapi tidak sabar untuk menyahut cabaran yang mendatang. Saya mengumumkan perkara [keputusan tinggalkan Man Utd] kepada jurulatih lain ketika waktu makan tengah hari, dan kepada pemain di bilik persalinan. Ia sedikit mengejutkan mereka.

“Saya memberitahu pemain hanya lima minit lalu. Mereka agak terkejut dan menjadi emosi. Ia tidak mudah untuk menyembunyikan daripada semua orang sejak beberapa minggu lalu.

“Saya diberikan tugas untuk diselesaikan dan saya begitu terdesak mahukan kemenangan untuk kelab ini dan juga untuk penyokong.”

Ditanya sama ada pemecatan Solskjaer mempengaruhi keputusan beliau untuk meninggalkan Manchester United, Carrick menjawab: “Yeah, ada sedikit. Saya banyak terhutang budi kepada Ole.”

Man Utd bangkit

Dalam perlawanan pada awal pagi tadi, Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menang 3-2 ke atas Arsenal.

The Gunners terlebih dahulu di hadapan seawal minit ke-13 perlawanan hasil jaringan Emile Smith-Rowe. Gol tersebut mencetus kontroversi kerana David de Gea sedang terbaring kesakitan akibat kecederaan.

Semakan VAR mengesahkan De Gea tercedera selepas berlanggar dengan rakan sepasukan, Fred dan pengadil perlawanan, Martin Atkinson membenarkan jaringan tersebut.

Manchester United bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan melalui Bruno Fernandes pada babak akhir separuh masa pertama.

Separuh masa kedua Cristiano Ronaldo memberikan pendahulan kepada Man Utd, tetapi Arsenal selepas itu giliran Arsenal pula menyamakan kedudukan melalui Martin Oedegaard.

Cristiano Ronaldo memastikan tiga mata menjadi milik Manchester United apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70 perlawanan selepas Fred dikasari di dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan Arsenal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN