Johor Darul Ta’zim (JDT) terus cemerlang untuk mencatat kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini biarpun mereka sudah pun mengesahkan kejuaraan lebih awal pada Sabtu lalu.
Kemenangan terbaharu ketika menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) terus mengukuhkan pasukan tersebut musim ini, setelah mereka masih lagi belum mencatat sebarang kekalahan daripada 19 perlawanan dihadapi.
Three goals. Three points. 🔴🔵
More photos at https://t.co/FzVQ98PPZh#KDAvJDT#LigaSuper2022#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/7oSdQwZsDS
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 4, 2022
Nama Bergson da Silva sekali lagi mencuri tumpuan apabila penyerang ini seolah tidak dapat dihentikan lagi untuk terus meledak gol dalam mana-mana perlawanan dihadapi JDT.
Namun, pemain ini terpaksa melupakan aksinya pada perlawanan akan datang, apabila pemain itu turut mengutip kad merah semalam.
Bergson terpaksa dikeluarkan lebih awal pada penghujung separuh masa pertama apabila tindakan beliau yang mengasari pertahanan KDA, Rodney Celvin jelas dikesan oleh pengadil perlawanan.
Aksinya yang melompat ke atas pertahanan KDA tersebut sebelum satu sikuan keras diberi ke atas Rodney jelas merupakan satu tindakan yang sengaja dibuat sebelum beliau sendiri terbaring kerana mengalami kesakitan.
Disebabkan layangan kad merah itu, situasi permainan dilihat agak tegang sehingga barisan pemain dan staf JDT mengerumuni pengadil perlawanan kerana tidak berpuas hatu mengenai keputusan tersebut.
Bergson jelas tampak agak beremosi kerana peluangnya untuk terus meledak gol pada baki perlawanan akan datang sudah tertutup ketika dirinya melangkah keluar dari kawasan permainan.
Walaupun tanpa kelibat penyerang dari Brazil itu di separuh masa kedua, JDT tetap hadir dengan ancaman berbahaya untuk mengasak kubu KDA bagi mendapatkan gol.
Manakala tuan rumah pula gagal untuk mengambil peluang tersebut apabila mereka tampil longlai dan membuka ruang buat pelawat untuk lebih garang berbanding ketika separuh masa pertama.
36' GOL | Bergson da Silva menyudahkan hantaran Afiq Fazail untuk gol penyamaan JDT!@kda_fc 1-1 @OfficialJohor #LigaSuper2022 pic.twitter.com/0AKZdvGfbV
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 4, 2022
Hasilnya, mereka melepaskan dua gol buat pelawat menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Leandro Velasquez serta jaringan ketiga diledak oleh Afiq Fazail untuk mengecewakan para penyokong KDA.
Untuk rekod, itu bukan kali pertama KDA tewas dengan lawan yang beraksi dengan 10 orang pemain pada tahun ini.
Sebelum itu, KDA telah pun mencatat kekalahan 0-1 ketika berdepan Terengganu ketika pertahanan lawan, Pape Diakite dikeluarkan atas layangan kad merah.
Situasi sama juga terjadi dalam saingan AFC apabila KDA tidak mampu mengambil peluang ketika menentang PSM Makssar yang beraksi dengan 9 pemain sahaja, apabila Yuran Fernandes dan Agung Mannan mengalami situasi sama.