Kelayakan UCL sudah pun bermula walaupun ramai tidak ambil tahu kerana pasukan seperti Liverpool yang berada di tangga ke-4 EPL musim lalu tak perlu bermain dalam pusingan kelayakan awal.
Dalam perlawanan di antara F91 Dudelange vs MOL Vidi semalam, perlawanan berakhir 2-1 memihak Vidi dan Vidi menang secara agregate 3-2.
Dudelange merupakan pasukan dari Luxembourg bergelut untuk mencari gol penyamaan ke atas pasukan Vidi dari Hungary.
Dengan masa yang hampir menuju ke penamat, pemain-pemain mulai hilang fokus dan merasai tekanan.
Pada masa kecederaan, pemain Dudelange, Bryan Melisse melancarkan salah satu bentesan paling bahaya dalam sejarah bola sepak.
Melisse sebenarnya sudah memenangi bola itu dengan bersih, namun entah kenapa beliau melakukan ‘kungfu’ ke arah dada dengan 2 kaki ke arah Mate Patkai.
Patkai mengerang kesakitan. Yang peliknya, salah seorang rakan Melisse bersungguh-sungguh mempertikaikan keputusan pengadil. Melisse sendiri tahu itu adalah kad merah dan begitu juga para pemain lawan.
Prempeh seakan-akan memberitahu pengadil ini baru kesalahan pertama ataupun kedua. Dia tak sedarkah yang bentesan itu adalah drop kick ala WWE.
Bentesan itu dikatakan respon oleh Melisse kepada Patkai yang sebelum itu sudah hampir bergaduh dengan Melisse. Namun Melisse ternyata tidak cukup kuat untuk menyerap tekanan mental.
Vidi mara ke pusingan seterusnya, menghidupkan impian mereka untuk beraksi di UCL.