Video: Taklimat Taktikal Separuh Masa Perancis Ketika Final Piala Dunia

Pasti ada yang mahu tahu sesi taklimat ketika separuh masa ketika final Piala Dunia 2018 melibatkan juara dunia Perancis.

Didier Deschamps jelas sekali mahu anak-anak buah beliau fokus kepada pelan taktikal mereka. Deschamps seperti mengingatkan kembali beberapa perancangan mereka.

Misalnya beliau berkata:

“Anda lihat tak cara mereka menggunakan badan dan siku berhadapan dengan anda.”

Ia merujuk kepada usaha pemain yang fizikal untuk memutarkan badan dengan mengeksploitasi pemain lawan.

Deschamps mengarahkan agar pemain-pemain beliau tidak memberikan peluang kepada pemain Croatia melakukan putaran (turn) dan menghadap ke arah gol.

“Jika dia tidak menghadap ke arah gol, dia tidak akan ‘menyakiti’ kita.”

Deschamps juga memberitahu yang Croatia akan berterusan mencari Mandzukic dengan hantaran diagonal.

Beliau mengingatkan betapa bagusnya Mandzukic ketika di udara, di mana beliau masih boleh menanduk terus, mengawal bola dengan dada dan melakukan rembatan.

“Tolong berjaga-jaga ketika berada berdekatan beliau (Mandzukic).”

“Jangan statik! Sentiasa dalam keadaan bersedia untuk bergerak dan rapati dia. Fikir tentang itu”

“Jangan buatkan diri anda dalam keadaan rumit. Mereka datang dengan agresif. Anda semua sudah melihat sendiri tenaga yang mereka ada.”

Seterusnya, Deschamps jelas sekali menjadikan Mbappe sebagai titik fokal dalam taktikal mereka. Ini yang kami jelaskan dalam: Analisis Taktikal: Transisi Berasaskan Mbappe Efektif, Croatia Bermain ‘Overload Tactic’

“Main semudah mungkin.  Jika anda memegang bola, mereka akan datang dan datang lagi seorang. Jadi, hantar bola secepat mungkin.”

“Hantar kepada Kylian (Mbappe). Antoine, awak turun ke bawah sedikit ketika serangan balas. Awak kena berada di sebelah penyerang mereka.”

“Kita perlukan awak sebagai opsyen (selain Mbappe).”

Tamat sesi para pemain bersemangat untuk menamatkan 45 minit terakhir mereka.

Lihat apa yang Varane lakukan. Beliau mungkin pendiam di dalam padang, namun di bilik persalinan, beliau jelas seorang yang ada ciri-ciri kepimpinan yang sangat tinggi. Meremang bulu roma anda dibuatnya.

Perancis menang 4-2 dalam final tersebut dan membawa pulang Piala Dunia ke-2 dalam sejarah negara mereka selepas 1998.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN