Video: Bentesan Liar Terhadap Kevin De Bruyne Sebabkan Guardiola Rayu Kepada Pengadil

Bentesan liar oleh Jason Puncheon terhadap Kevin De Bruyne mengundang Pep Guardiola merayu supaya pengadil di kancah saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) lebih prihatin dalam memberi perlindungan terhadap pemain daripada terjahan keras dan berbahaya pemain lawan.

Guardiola dipetik sebagai berkata demikian selepas pemain tengah, Kevin De Bruyne menjadi mangsa terjahan keras pemain pertahanan lawan ketika Manchester City mencatat keputusan seri tanpa jaringan pada malam tadi.

De Bruyne mengalami kecederaan selepas diterjah keras oleh Jason Puncheon, turut kehilangan Gabriel Jesus akibat kecederaan dalam perlawanan yang sama, dan menyaksikan rekod 18 kemenangan secara berturut-turut akhirnya ditamatkan.

Jesus kelihatan menangis ketika meninggalkan padang dengan kecederaan pada bahagian lutut, dan dijangka akan berehat untuk tempoh panjang untuk tujuan rawatan.

Manakala De Bruyne diusung keluar pada minit akhir perlawanan selepas terjahan keras Puncheon, namun pengadil perlawanan, Jonathan Moss hanya memberikan layangan kad kuning terhadap pemain Crystal Palace tersebut.

De Bruyne berkemungkinan akan direhatkan dalam perlawanan menentang Watford esok. Walaubagaimanapun, kecederaan yang menimpa De Bruyne adalah tidak serius seperti apa yang menimpa Jesus.

Oleh itu Guardiola berpendapat bahawa pengadil harus lebih tegas dalam menghukum pemain yang melakukan terjahan melampau demi memberi perlindungan kepada pemain seperti De Bruyne.

Guardiola mungkin mempunyai asas ketika berkata sedemikian. Ketika menewaskan Tottenham Hotspur 4-1, De Bruyne turut menerima terjahan keras daripada Dele Alli.

Ketika mencatat kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United, Ilkay Gundogan turut menjadi mangsa kekasaran oleh Jacob Murphy.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

“Saya menggemari aspek fizikal di liga ini. Tetapi pengadil juga mempunyai peranan untuk melindungi pemain daripada berhadapan dengan kecederaan,” ujar Guardiola.

“Saya tidak meminta banyak perkara. Pengadil sepatutnya tahu akan tanggungjawab mereka. Ada kalanya mereka terlampau memberi penekanan kepada tindakan simulasi oleh pemain.”

“Bola sepak di negara ini membenarkan sentuhan dan lebih banyak saingan fizikal. Saya tidak ada masalah dengan itu. Ia adalah okay.”

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

“Tetapi pengadil harus ada kaedah untuk membezakan aspek saingan fizikal dan terjahan yang mampu mengakibatkan kecederaan pemain. Ketika berhadapan Tottenham, kami bernasib baik Kevin (De Bruyne) tidak mengalami kecederaan. Begitu juga Gundogan ketika berhadapan Newcastle United.”

“Hari ini kami akan menilai tahap kecederaan pemain, dan akan melihat sejauh mana kecederaan yang dialami oleh pemain. Kepada pengadil, saya berharap mereka mampu melindungi semua pemain daripada situasi yang jelas berbahaya,” rayu Guardiola.

(Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson memilih untuk tidak memberikan komen untuk insiden tersebut.

“Saya berada di sini untuk memberi komen mengenai tempoh 95 minit perlawanan (termasuk masa kecederaan). Bukan mengenai insiden yang mungkin anda akan saksikan secara ulang tayang sebanyak 15 atau 16 kali,” ujar Hodgson

“Tumpuan saya ialah kepada bola. Mungkin kerana itulah, saya tidak mengendahkan terjahan yang dilakukan oleh Puncheon,” jelas beliau lagi.

Adakah kecederaan Jesus akan membuka ruang kepada ketibaan Alexis Sanchez pada jendela perpindahan Januari ini?

https://vimeo.com/249275394

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN