Kane Mungkin Tidak Akan Beraksi Menentang Swansea

Penyerang berbisa Tottenham Hotspur, Harry Kane berkemungkinan tidak dapat diturunkan bagi aksi Liga Perdana Inggeris bertemu Swansea, Selasa ini berikutan masalah kesihatan, kata pengurus Mauricio Pochettino.

Kane yang menyumbang hatrik dalam tiga perlawanan berturut-turut tidak menyertai sesi latihan hari ini tetapi pengendali Spurs itu berharap penyerang England itu mempunyai masa yang cukup untuk pulih.

“Dia di rumah, doktor ada di rumahnya,” kata Pochettino ketika sidang media.

“Sama ada dia akan cergas bertemu Swansea? Kita akan lihat. Saya tidak tahu jika dia akan boleh bermain atau tidak. Kita akan lihat bagaimana reaksinya.”

Spurs yang menghuni tangga kelima liga begitupun mendapat kembali khidmat Victor Wanyama yang sudah menjalani latihan bersama skuad utama.

Wanyama mungkin menggantikan tempat Mousa Dembele yang tidak berlatih bersama skuad sejak kemenangan 5-2 Tottenham ke atas Southampton sehari selepas Krismas.

“Dia (Dembele) mengalami masalah di bahagian pinggang dan pangkal paha,” kata Pochettino. “Dia meminta untuk keluar daripada padang. Kini kami sedang menilainya. Dia diragui akan beraksi pada Selasa.”

Swansea yang terjerumus ke dasar liga melantik bekas pengurus Sheffield Wednesday, Carlos Carvalhal sebagai pengurus, semalam bagi menggantikan Paul Clement.

Kane yang mula menyertai Tottenham pada tahun 2009 berjaya memintas rekod Alan Shearer selaku penjaring gol terbanyak semusim apabila meledak 39 gol berbanding 36 dirakamkan bekas bintang Newcastle United itu pada 1995.

Penyerang England itu turut merekodkan sebanyak 56 gol dalam semua pertandingan untuk meletakkan dirinya sebagai penjaring terbanyak Eropah musim ini.

“Kane mempunyai kualiti dan motivasi untuk muncul pemain terbaik dunia bersama Tottenham, seperti Francesco Totti yang setia bersama Roma hingga penghujung kariernya.

“Untuk kami dan semua penyokong, Kane pemain yang menakjubkan dan memiliki mentaliti positif serta profesional,” kata Pochettino.

Pochettino berkata sekiranya ada pasukan lain yang berhajat mendapatkan Kane, beliau kemungkinan terpaksa menolak tawaran itu selain mengakui tidak tahu berapa nilai yang harus diletakkan ke atas bintang sensasinya itu.

“Saya rasa Kane tidak mempunyai harga kerana kami mahu dia terus kekal di sini. Dia sangat bernilai buat kami dan tidak akan ada harga buatnya,” kata pengurus dari Argentina itu.

“Kita boleh bercakap atau berbincang mengenai apa saja, tetapi tidak mengenai harga Kane. Tiada apa yang berubah, malah dia tetap pemain utama kami seperti tiga tahun lalu, setahun lalu, enam bulan lalu atau seminggu lalu. Dia tetap pemain utama kami,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN