Real Madrid dan Bayern Munich adalah dua kelab gergasi eropah yang sedang bergelut di saingan domestik negara masing-masing.
Tatkala Real Madrid baru sahaja bertukar pengurus dan menyaksikan mereka menduduki tangga ke-6 La Liga selepas 13 perlawanan, Bayern Munich pula berada di kedudukan ke-5 Bundesliga Jerman, ketinggalan sembilan mata dari pendahulu Borussia Dortmund.
Namun perjalanan kedua-dua gergasi eropah ini di pentas UEFA Champions League jauh berbeza dengan gambaran saingan mereka di saingan domestik.
Di Stadium Olimpik, Rom
Jaringan oleh Gareth Bale membuka ruang untuk Real Madrid mencipta kemenangan bermakna di Rom setelah skuad kendalian Santiago Solari untuk mengesahkan diri sebagai juara Kumpulan G.
Bale mengambil kesempatan kesilapan pemain pertahanan AS Roma, Federico Fazio untuk memastikan juara bertahan itu mendahului perlawanan dua minit selepas babak kedua perlawanan bermula.
Pemain sayap antarabangsa Sepanyol, Lucas Vasquez kemudiannya memastikan tiga mata penuh milik Real Madrid selepas mudah menolak masuk bola dari jarak dekat – setelah menerima hantaran Karim Benzema yang berpunca dari hantaran lintang Luka Modric.
Sebelum itu kemenangan 2-1 Viktoria Plzen ke atas CSKA Moscow turut mengesahkan kemaraan AS Roma – walaupun tewas perlawanan ini.
Bagi Real Madrid, kemenangan ini meneruskan kejayaan mereka mara ke pusingan kalah mati pertandingan UEFA Champions League 15 kali berturut-turut sejak format pertandingan diperbaharui pada musim 2003/04.
Perlawanan ini lebih kepada untuk mengesahkan siapa yang akan bergelar juara kumpulan setelah Real Madrid dan AS Roma terikat dengan 9 mata sebelum perlawanan.
Real Madrid sah bergelar juara walaupun masih berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan kerana kelebihan head-to-head yang dimiliki oleh skuad Los Blancos yang turut menewaskan Roma 3-0 sebelum ini.
Di Allianz Arena, Munich
Robert Lewandowski menjangkau jumlah jaringan 50 gol dalam pertandingan elit eropah ini untuk membantu Bayern Munich mudah menewaskan Benfica, sekaligus turut melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
Arjen Roben turut menyumbang dua gol untuk memberi kelebihan kepada juara bertahan Bundesliga tersebut sebelum giliran Lewandowski mencuri tumpuan.
Dua gol oleh Lewandowski- gol ke-50 & 51 di UCL – menjadikan beliau pemain ke-7 sepanjang sejarah pertandingan untuk merekodkan jumlah jaringan sedemikian.
Pemain veteran, Frank Ribery melengkapkan kemenangan bergaya Bayern untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya bersama Ajax dari Kumpulan E.
Gol sagu hati Benfica pula disumbangkan oleh Carvalho Fernandes pada awal babak kedua perlawanan.
Sumber video: Goal