Video: Angkara Hilang 5 Pertahanan Utama, Stoke City Dibelasah Chelsea 5-0

Pengurus Chelsea, Antonio Conte memuji persembahan cemerlang anak buahnya yang menutup tirai 2017 dengan membelasah Stoke City 5-0 dalam saingan Premier League di Stamford Bridge malam semalam.

Stoke yang kehilangan 5 pertahanan utama mereka, termasuk pertahanan pinjaman Kurt Zouma yang tidak boleh diturunkan menentang Chelsea – hingga terpaksa menurunkan dua pemain muda di posisi bek sisi.

Stoke kemudiannya ketinggalan seawal minit ke-3 apabila Antonio Rudiger mudah menanduk masauk sepakan percuma Willian.

Juara Premier League 2016/2017 ini yang merehatkan Eden Hazard, menggandakan kelebihan gol mereka apabila Danny Drinkwater melakukan gol bersahaja dari jarak 25 ela sebelum Pedro menambah gol ketiga dari luar kotak penalti pada minit ke-23.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 30: Pedro of Chelsea celebrates scoring his sides third goal with team mates during the Premier League match between Chelsea and Stoke City at Stamford Bridge on December 30, 2017 in London, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Stoke City cuba melawan dengan Mame Biram Diouf yang dibatalkan golnya oleh pengadil kerana didakwa menggunakan tangannya untuk mengawal bola. Bagaimanapun ia masih tak dapat menghalang Chelsea untuk menjadikan perlawanan ini seperti perlawanan latihan.

Pada minit ke-73, Willian dengan mudah menewaskan Jack Butland untuk memberikan gol ke-4 Chelsea dari sepakan penalti selepas Geoff Cameron mengasari beliau dalam kotak penalti.

Davide Zappacosta melengkapkan malam gemilang Chelsea melalaui gol dari jarak 20 ela untuk memastikan Chelsea menang 5 daripada 6 perlawanan terakhir mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN