Pep Guardiola Ke JDT Jika Manchester City Muncul Juara EPL

Kenyataan ringkas di laman Facebook rasmi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Johor Southern Tigers (JST) menyebut pengurus Manchester City, Pep Guardiola berjanji akan datang melawat projek bola sepak JDT jika pasukannya muncul sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kenyataan itu turut menjelaskan yang kehadiran bekas pengendali kelab gergasi Sepanyol, Barcelona itu adalah untuk berkongsi idea bola sepak dan pandangan bersama JDT.

“Pada 19 Oktober 2016, DYAM Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) berjumpa dengan Pep Guardiola sewaktu perlawanan Manchester City menentang Barcelona di Sepanyol.

“Pep Guardiola menghulurkan tangan berjanji akan datang ke negeri Johor untuk berkongsi idea dan melawat Projek Bolasepak Johor Darul Ta’zim jikalau Manchester City memenangi liga.

“Untuk makluman anda, Manchester City sekarang sedang menduduki tangga teratas ‘Premier League’ ketika ini,” kata kenyataan itu.

Impian untuk melihat Pep melawat Johor tampak cerah kerana ketika ini, Manchester City gah di persada liga apabila mendahului 15 mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas 20 perlawanan musim ini.

Sebelum ini, JDT pernah menerima kunjungan istimewa daripada Mantan Presiden Barcelona FC, Joan Laporta pada 15hb September 2016 yang disambut oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Joan Laporta melawat Stadium Larkin sambil ditemani oleh DYAM Tunku Mahkota Johor selaku pemilik kelab bolasepak JDT. FOTO: JST

Laporta begitu teruja melihat prasarana dan fasiliti milik JDT selepas melawat Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin dan pusat latihan rasmi JDT di Padang Seri Gelam termasuk Pusat Latihan Tertutup Dato’ Suleiman Mohd Noor.

Beliau juga turut kagum melihat polisi dan falsafah bolasepak yang diterapkan DYAM Tunku Mahkota Johor didalam JDT.

Lawatan ini adalah hasil daripada kunjungan DYAM Tunku Mahkota Johor sewaktu lawatan kerja baginda bersama delegasi JDT ke Sepanyol dan beliau hadir untuk berkongsi pengalaman serta memberi pandangan mengenai halatuju JDT.

JDT setakat ini sudah menjalin kerjasama dengan beberapa kelab Eropah termasuk Borussia Dortmund dan Valencia.

Mereka kini sedang giat melakukan persiapan bagi menghadapi kelayakan AFC Champions League menentang Muangthong United dan akan membuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) 2018 berdepan Kedah dalam aksi perebutan Piala Sumbangsih, 3 Februari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN