Video Analisis: Aksi Baddrol Bakhtiar Bermain Peranan No.6 Menentang PKNP FC

Analisis kali ini adalah bertumpu kepada Baddrol Bakhtiar yang dijadikan no,6 oleh Ramon Marcote dalam beberapa perlawanan awal musim ini.

Isu

Isu utama pastinya, kenapa mengarahkan Baddrole bermain sebagai no.6 selepas dia pemain itu sangat selesa dengan peranan Attacking Midfielder Right (AMR) ataupun inside forward pada era Tan Cheng Hoe.

Sebagai rekod, Baddrol memang kerap bermain dalam peranan no.6 termasuk dalam pasukan kebangsaan. Namun tumpuan kali ini adalah bagaiman Baddrol bermain dalam sistem sebagai no.6 bercirikan pivot yang akan menjadi ‘bek separa’ /half-back/quarter back apabila dalam proses membina serangan.

Dalam erti kata, lain beliau diarahkan bermain sebagai no.6 moden yang akan menjadi asas serangan dan merancang perlawanan daripada kawasan bawah.

Pertimbangan

Ramon Marcote tidak mempunyai pemain tengah defensif yang boleh playmaking. Beliau ada Amirul Hisyam yang jelas agak merosot selepas beberapa siri kecederaan.

Ramon mahu kekalkan sistem no.6 ala Salida Lavolpiana. Jadi, Baddrol adalah pilihan terbaik. Ia ditambah dengan adanya Andik sebagai Right Wing, ini akan memberikan Andik first team football directly.

Kelebihan Baddrol

1. Hantaran panjang – Ini elemen yang penting, beliau memiliki long ball dan vision yang sangat baik dari deep area

2. Merancang – Amirul bukanlah perancang yang sudah stabil nama beliau. Dan dia masih perlu diasah untuk aspek itu, tetapi Baddrol memang seorang playmaker dan pernah bermain sebagai no.8.

Kelemahan

Apabila bercerita pasal no.6 kita bercerita tentang bertahan dan mengawal garisan. Baddrol masih banyak kerja untuk perbaiki dalam aspek ini.

Banyak bentesan yang tidak kemas (poor) dan tak perlu. Dalam video ini kami ada jelaskan bagaimana dia meletakkan backline dalam risiko jika silap langkah.

Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Aspek mengawal garisan tengah ataupun ‘holding’, Baddrol masih dalam proses transisi untuk kurangkan pemikiran yang terlalu ofensif kepada pemikiran lebih defensif.

Namun, jika lawan turun terlalu ke bawah, itu tiada masalah kerana Baddrol akan menawarkan opsyen yang sangat baik di blok atas dengan keupayaan beliau melaukan percubaan jarak jauh.

Penilaian dalam perlawanan PKNP FC

Secara asasnya, Baddrol kami letakkan dalam prestasi yang baik dalam perlawanan ini ketika menyerang dan build up.

Namun jujurnya dia masih lemah dalam one on one defending di zonal. Dalam berpasukan dia tiada masalah sangat.

Dari segi playmaking dia sangat baik sebab sangat cepat menghantar bola diagonal ke semua sektor. Ada satu contoh beliau melakukan hantaran diagonal terus (first time pass) yang tepat.

Jadi, Ramon kena tentukan sama ada beliau nak teruskan projek ini ataupun ini hanya projek sementara? Sebab jika alang-alang, rugi untuk semua pihak.

Kami cadangkan Ramon teruskan sahaja idea ini. Fokus kepada aspek bertahan supaya lebih berdisiplin. Baddrol selepas ini kena anggap bertahan adalah tugas utama dan attacking adalah part time.

Tiada masalah pun esok lusa nak kembalikan Baddrol ke peranan lebih ofensif, jika keadaan memerlukan seperti kecederaan atau penggantungan.

Lagipun kualiti pemain sayap seperti Andik, Akhyar, Syazwan Zainon adalah jenis kualiti untuk pasukan utama.

Lihat analisis video di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN