Kisah Alexis Sanchez Berlari 8km Ke Rumah Selepas Kunci Tertinggal Dalam Kereta

Jika anda tertinggal kunci kereta dalam jarak perjalanan 8 kilometer, apa akan anda buat? Pastinya anda akan cuba meminta bantuan ahli keluarga lain ataupun naik kenderaan awam untuk balik ke rumah mengambil kunci pendua.

Berbeza dengan Alexis Sanchez, pemain Manchester United ini dahulu pernah berlari untuk 8 kilometer untuk mengambil kunci pendua di rumah beliau. Ketika itu beliau tinggal di Itali, bermain untuk Udinese.

Wartawan sukan Itali, Pietro Oleotto mendedahkan, ketika Alexis mula bermain di Itali, beliau bergelut untuk bersaing secara fizikal dengan pemain di sana. Beliau dalam proses untuk membina otot dan fizikal yang lebih keras pada ketika itu.

Jadi, ketika peristiwa kunci beliau terkunci di dalam kereta, Sanchez mengambil kesempatan untuk menambahkan rutin latihan fizikal beliau dengan berlari. Pietro Oleotto menceritakan peristiwa itu kepada majalah Inside United.

“Ada sekali, selepas latihan, Alexis pergi ke bandar Udine untuk membeli belah. Dia tertinggal kunci di dalam kereta dan kereta itu terkunci dan telefon beliau di dalam kereta.”

“Saya tak tahu apa yang orang lain akan buat, tetapi Alexis terus berlari ke rumah. Dia berjogging sepanjang 8 kilometer dari pusat bandar ke rumahnya yang berada di sebuah bukit.”

“Orang awam yang melihat beliau telah menelefon kami dan menceritakan bagaimana Alexis Sanchez melakukan larian rentas desa.”

Ketika di Itali, Alexis sedar akan kepentingan membina otot. Dan beliau meningkatkan kekuatan otot beliau dengan mendadak sekali. Pada musim pertama beliau hanya menjaringkan 3 gol dan 2 bantuan gol.

“Musim pertama, beliau banyak bermain di sayap kanan. Ketika itu dia pemain yang kurus. Beliau tidak suka masuk ke dalam kotak penalti dan ke tengah kerana di sana ada pertarungan fizikal yang sangat kuat.”

“Namun begitu, rakan-rakan beliau mahukan beliau berada lebih ke tengah, lebih dekat dengan gol kerana beliau ada kemampuan menggelecek.”

“Beliau mula membina otot di gym yang kelab bina khas untuk beliau di rumah. Selepas latihan pasukan, beliau akan melakukan latihan tambahan di rumah selama 2 jam setiap hari.”

“Saya ingat lagi, pada satu hari, saya pergi ke latihan pra-musim mereka, saya terkejut melihat otot-otot beliau.”

Latihan sendiri untuk 2 jam setiap hari? Hebat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN