VIDEO: Aksi Martinez Dan Antony Membuli Jorginho Tanpa Belas

Tular di media sosial pada ketika ini sebuah video yang menunjukkan sisi lebih jelas tentang bagaimana teruknya Jorginho menjadi mangsa buli Lisandro Martinez dan Antony.

Video tersebut menunjukkan bagaimana Jorginho teruk dibuli oleh dua bekas bintang Ajax itu ketika aksi pertemuan antara Manchester United bertemu Chelsea minggu lalu.

Manchester United berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir permainan untuk mencatatkan seri bertemu Chelsea di Stamford Bridge.

Jorginho meledak gol menerusi sepakan penalti untuk membantu Chelsea mendahului permainan.

Man United walau bagaimanapun berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir permainan menerusi Casemiro.

Antony dilihat menganjing pemain midfield Chelsea itu ketika beliau bersama rakan sepasukannya sedang meraikan gol mereka.

Jelas sekali yang pemain penyerang kebangsaan Brazil itu sememangnya mempunyai masalah dengan bintang Itali itu sepanjang perlawanan tersebut.

Tular pada ketika ini sebuah video yang menunjukkan bagaimana Antony lepas geram dengan membuli Jorginho bersama rakan sepasukannya, Martinez.

Kedua-dua mereka membuli bintang Chelsea itu tanpa belas dan sepertinya tak ramai yang sedar kejadian itu sebelum melihat video ini.

Antony melanggar Jorginho dari belakang, sementara Martinez pula merempuh pemain midfield Itali itu dari depan hingga menyebabkan beliau terjatuh.

Para peminat tertarik melihat video tersebut dengan rata-rata dari mereka percaya Antony dan Martinez mempunyai kesefahaman yang menakjubkan ketika kedua-dua mereka membuli Jorginho.

Nampak seolah-olah kedua-dua mereka tidak merancang apa-apa namun dengan spontan mereka berjaya membuli Jorginho seperti itu.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri dengan kedua-dua pasukan terpaksa akur sekadar membawa pulang satu mata sahaja.

Manchester United kemudiannya turun beraksi bertemu Sheriff dalam saingan Europa League, dengan skuad kendalian Erik ten Hag itu berjaya mencatatkan kemenangan 3-0.

Antony dalam perlawanan tersebut mencuri perhatian ramai selepas beliau mempamerkan skill yang menakjubkan hingga menyebabkan Robbie Savage dan Paul Scholes menganggap beliau sebagai badut.

Bercakap kepada BT Sport, beliau mendedahkan bahawa:

“Saya bahkan tak pasti adakah itu skill, ye ke? boleh kan kita lakukan itu? (sambil memandang Owen Hargreaves) adakah itu trademark dia? saya rasa dia perlu dapatkan yang lebih bagus.”

“Dia perlu cari cara yang lebih menghiburkan.”

“Saya tak fikir negara ini mahu melihat itu. Adakah negara lain bahkan Brazil sekalipun mahu melihat itu? mereka nak? Ajax, di Holland, adakah mereka mahu melihat itu?”

“Saya suka melihat skill, tapi saya tak rasa itu adalah skill atau sesuatu yang menghiburkan. itu dia hanyalah menjadi badut, betul kan?”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN