‘Pandai Berlakon’ – Faisal Halim Punca Isu Kontraknya Tak Kunjung Selesai?

Faisal Halim Terengganu FC pandai berlakon

Membuat ‘cameo’ dalam rancangan televisyen Sepahtu Reunion Live Tour, pemain Terengganu FC, Faisal Halim rupanya mempunyai bakat berlakon dan adakah isu kontrak juga merupakan satu pentas lakonan buatnya?

Ini kerana, menurut satu pendedahan oleh seorang penyokong Terengganu, pelanjutan kontrak telah pun diberikan kepadanya seawal bulan April lagi.

Namun, disebabkan beberapa perkara dan juga permintaan Faisal sendiri, isu kontraknya berlanjutan sehingga ke bulan Oktober – berbaki sebulan.

“Jangan sedap sangat hentam pengurusan Mickey [Faisal Halim]. Sampai kata sebulan sebelum tamat kontrak baru nak buat keputusan. Penyokong yang tak tahu cerita hentam kata pengurusan lembab.”

“Awal bulan empat pengurusan sudah tawar kontrak dan gaji baharu, tapi anda yang kata mahu tunggu dulu.”

https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1585707780547047424

Ia bermula dengan kenyataan pemain sayap berusia 24 tahun itu yang mengatakan beliau kecewa atas kelewatan ditawarkan kontrak baharu. Bercakap kepada HarimauMalaya.com, Faisal berkata, “Takkan sebulan sebelum tamat kontrak baru nak buat keputusan, itu tak masuk akal.

Beliau seperti memberi gambaran yang mungkin ini musim terakhirnya di Kuala Terengganu apabila berkata yang beliau akan merindui penyokong. Ia seperti mengucapkan selamat tinggal lebih awal daripada sepatutnya, di mana saingan Piala Malaysia baru sahaja bermula pada minggu lalu.

Dengan Nafuzi Zain juga mengambil sikap mahu melihat terlebih dahulu tawaran kontrak baharu daripada pihak pengurusan, mungkin jodoh pengendali itu dan bintang kesayangannya ini sedang menuju ke hujungnya waima tiada kenyataan rasmi diluahkan oleh kedua-duanya lagi.

FB Group Terengganu FC

Luahan penyokong itu diperolehi daripada Facebook Group, Penyokong Terengganu FC yang menggambarkan Faisal adalah punca sebenar.

“Kalau nak kekal, anda akan pilih untuk kekal, tak perlu tunggu Nafuzi [Zain] kekal atau tidak.”

“Nafuzi ada KPI yang perlu dia capai, pengurusan akan tengok dulu kepada KPI sebelum tawar kontrak baharu.”

Selain itu, Faisal turut terlibat dengan panggilan skuad negara sebanyak dua kali yang dikatakan telah menyebabkan isu kontrak baharunya tidak dapat dimuktamadkan apabila dikhabarkan telah meminta kenaikkan gaji selaras dengan pencapaiannya bersama Harimau Malaya – layak ke Piala Asia.

Apa yang diminta oleh penyokong itu adalah jangan menyalahkan sebelah pihak dengan memberi gambaran buruk sedangkan pemain tersebut yang menjadi punca ditambah pula, beliau masih ada kontrak dengan pasukan.

[VIDEO]: ‘Headbutt’ Ala Zidane Oleh Safiq Rahim Kepada Faisal Halim

Pemain yang berasal dari Pulau Pinang ini diketahui memiliki karekter yang unik terutamanya ketika di padang. Itu juga pentasnya memperagakan bakat selain ‘lakonannya’ yang bijak ‘memancing’ emosi pemain lawan.

Sudah beberapa kali beliau terlibat dalam pertelagahan di atas padang yang beliau dilihat sebagai mangsa sebelum disahkan beliau adalah ‘pemangsa’.

Antara pemain yang pernah menjadi mangsanya adalah Syazwan Zainon dan Safiq Rahim. Siapa boleh lupakan insiden ‘headbutt’ Safiq kepadanya?

Dalam pada itu, beliau membuat ‘cameo’ dalam rancangan televisyen Sepahtu Reunion Live Tour yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu, malam tadi. Boleh berlakon, adakah isu kontrak juga pentas buat Faisal Halim untuk ‘berlakon’? Hanya beliau yang tahu.

Malah penyokong itu turut dengan berani mengatakan yang Faisal akan menyertai Selangor musim hadapan – seperti khabar angin yang bertiup.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN