Victor Wanyama Tinggalkan Spurs Untuk Sertai Montreal Impact

Kelab Kanada, Montral Impact telah menandatangani pemain antarabangsa Kenya, Victor Wanyama secara percuma dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur dengan kontrak selama tiga tahun.

Pemain berusia 28 tahun itu menjadi pemain penting buat Spurs sejak tiba dari Southampton pada Jun 2016. Namun masalah kecederaan lutut telah menyebabkan beliau bergelut untuk kembali ke prestasi terbaiknya.

Pada musim ini, beliau hanya membuat empat penampilan sahaja termasuk ketika Spurs disingkirkan Colchester United dalam saingan Piala Carabao. Keseluruhannya Wanyama telah beraksi sejumlah 97 perlawanan dan menjaringkan tujuh gol sepanjang bersama kelab London berkenaan.

Montreal Impact yang kini diuruskan oleh legenda Arsenal, Thierry Henry bersaing di Major League Soccer (MLS) bahagian timur. Pada musim lepas kelab tersebut menamatkan saingan di tangga kesembilan dan telah menewaskan New England Revolution bagi aksi pembukaan liga musim ini.

“Semasa saya bercakap dengan Thierry (Henry), dia ada memberitahu mahu saya menyertainya di Montreal. Dengan pelawaan itu, saya tidak perlu berfikir dua atau tiga kali untuk bersetuju.

“Dia sentiasa menjadi pemain bola sepak yang saya kagumi dan saya sangat gembira dapat bekerjasama dengannya,” kata Wanyama kepada laman web kelab itu.

Dalam akaun Twitter, Wanyama turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua penyokong Spurs kerana memberi sokongan sepanjang kariernya di kelab berkenaan.

“Kita saling berkongsi detik-detik indah bersama dari menagkhiri EPL di tempat kedua sehinggalah melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah. Saya akan sentiasa berbangga kerana berpeluang beraksi untuk Tottenham Hotspur.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN