VAR & GLT Di Liga Malaysia Belum Boleh Dilaksanakan – FAM

Berikutan beberapa konventrasi membabitkan jaringan pada musim ini, terdapat cadangan untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) menggunakan Video Bantuan Pengadil (VAR) dan Garisan Teknologi Garisan (GTL) di kempen Liga Malaysia pada musim hadapan.

Terbaru adalah kontroversi membabitkan jaringan Baddrol Bakhtiar untuk Kedah dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang Pahang, dan juga jaringan hasil dari sepakan percuma Safawi Rasid di perlawanan akhir pertandingan yang sama.

Bagaimanapun bagi FAM, kedua-dua teknologi itu belum boleh dilaksanakan di saingan domestik di negara ini berikutan faktor kos dan perkara lain yang harus diselidiki secara mendalam terlebih dahulu.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam ketika menjelaskan mengenai penggunaan kedua-dua teknologi tersebut di Liga Malaysia berkata kos untuk GLT adalah lebih tinggi berbanding VAR.

Walaupun VAR mula digunakan pada 2017 – di bola sepak Eropah khususnya – ia masih tidak lari dari kontroversi membabitkan keputusan yang dilakukan oleh pengadil ketiknnnnnnnnnnnna perlawanan.

Bercakap kepada Bernama ketika ditemui pemberita semalam beliau berkata: “VAR itu satu perkara ‘trendy’ untuk diperkatakan, tetapi adakah ia satu penyelesaian?

“Dan jika anda tanya kepada pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) di England, adakah VAR satu penyelesaian?

“Sampai isu ketiak pun kita boleh pertikaikan. Jadi saya tidak rasa ia satu penyelesaian 100%, tetapi dalam sukan kita sentiasa akan ada perkara yang perlu diperdebatkan dan perubahan,” ujar beliau.

“Jika EPL liga nombor satu dunia pun ada masalah dengan VAR, apatah lagi kita nak tergesa-gesa dalam keadaan yang tidak bersedia.

“Dalam VAR, kursus dan prosesnya agak panjang, selain kedudukan kita ketika ini belum lagi tepat pada masanya untuk penggunaan VAR atau GLT,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM di sini, hari ini.

Menurut Stuart lagi tidak mustahil FAM mempraktikkan satu hari nanti kerana faktor kos teknologi berkenaan yang semakin susut nilai dari semasa ke semasa.

Pada hari ini kos penggunaan VAR diangarkan bernilai diantara RM50,000 sehingga RM100,000 untuk satu perlawanan.

“Kos itu sedang turun di serata dunia akibat perkembangan teknologi. Dengan adanya lebih banyak pengguna dalam VAR dan banyak penyedia perkhidmatan yang boleh sediakan perkhidmatan, kita boleh tengok dalam masa terdekat, mungkin kalau kos itu dah sesuai, mungkin kita [FAM] boleh masukkan VAR dalam sistem kita,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN