Quantcast

BERITA

Bayern Munich Mahukan Wenger

Arsene Wenger kini menjadi calon utama untuk menggantikan Niko Kovac sebagai pengurus Bayern Munich.

Ianya selepas Bayern gagal mendapatkan tandatangan Ralf Ragnick yang menolak tawaran mereka.

Rangnick dan Wenger adalah dua pilihan utama kelab selepas pemecatan Kovac pada Ahad berikutan persembahan buruk.

Namun ejen kepada Ralf Ragnick iaiu Marc Kosicke, berkata pada hari Rabu, bahawa kliennya tidak berminat dengan tawaran oleh Bayern.

Rangnick, yang merupakan Pemgarah Sukan dan Pembangunan di RB Leipzig. Beliau menegaskan beliau hanya akan ke England jika tidak diperlukan lagi di kelabnya.

Oleh itu, Bayern dijangka memulakan rundingan dengan Wenger minggu ini. Pengendali legenda dari Perancis itu, sebelum ini sudah memberikan lampu hijau bahawa beliau akan kembali ke jawatan pengurusan jika ada tawaran yang baik.

Wenger cuma menolak untuk menguruskan kelab England kerana rasa sayangnya kepada Arsenal.

Wenger kini banyak memberikan taklimat di persidangan bola sepak dan juga menjadi pundit. Wenger mengakui kepada BeIn sudah pastinya beliau berminat jika Bayern serius mahukan beliau.

“Sudah tentu. Anda merindui intensiti. Ada beberapa perkara yang anda sangat rindui dan ada beberapa perkara yang kamu tak rindui.”

“Memenangi perlawanan, menyediakan pasukan untuk perlawanan, membangunkan pemain dan mendapatkan kepuasan serta berkongsi emosi, itu adalah perkara yang kamu rindui.”

“Saya sudah mejadi pengurus bermula usia 33 tahun sehingga berusia 69 tahun tanpa sebarang masalah di peringkat tertinggi.”

“Ia adalah 36 tahun yang tanpa henti. Jadi, saya merinduinya, untuk mendapatkan sedikit tekanan beberapa tahun lagi, tak teruk sangat rasanya.”

Wenger dijangka akan ditawarkan kontrak sementara terlebih dahulu keerana Bayern juga sedang mempertimbangkan untuk membawa Thomas Tuchel dari PSG pada akhir musim ini.

Selain daripada Wenger, nama Max Allegri juga menjadi sebutan. Namun mereka lebih berhati-hati dalam perlantikan pengurus yang tidak boleh berbahasa Jerman. Ini selepas Ancelotti mengalami kesukaran sebelum ini.

Namun mereka tidak menolak kemungkinan akan menawarkan Max Allegri jawatan itu. Dan mungkin pengurus itu boleh mulai mengambil kelas bahasa Jerman.

Buat masa ini Bayern akan dibimbing oleh interim, Hansi Flick, yang merupakan pembantu Kovac sebul ini.

Bayern menghadapi Borussia Dortmund dalam aksi Der Klassiker pada Sabtu ini.

Adakah Wenger akan menyertai Bayern Munich? Salah satu cita-cita Bayern dalam beberapa musim ini adalah kembali memenangi UCL. Dan itu juga impian Arsene Wenger yang masih tak terlaksana.

Mungkin kali ini mereka boleh melakukannya bersama-sama.