Pemain Inter Milan, Romelu Lukaku kini dilihat cukup gembira dengan kehidupannya di Itali berbanding ketika bersama Manchester United kata Robin Van Persie.
Menurut laman Goal, Van Persie mengatakan yang Antonio Conte jelas sekali menaikkan semula prestasi dan keyakinan beliau.
“Beliau melakukan pilihan yang bijak, beliau dapat semula keyakinannya.”
“Beliau kini menikmati masanya di sana dan kelihatan gembira. Berdasarkan masanya di Manchester United, beliau tidak begitu gembira, jadi kegembiraan itu sudah ditemui semula.”
Kata Van Persie lagi, corak latihan yang ditunjukkan oleh Conte jelas sekali menaikkan prestasi Lukaku pada musim ini.
“Beliau cukup gembira, Antonio Conte pastikan pemainnya semua bekerja keras. Stefan de Vrij pernah katakan kepada saya yang pra-musim Inter Milan cukup sukar.”
Lukaku mencatatkan rekod jaringan yang cukup baik musim ini dalam saingan Serie A apabila berjaya menyumbat 23 gol dalam musim yang cukup baik untuk beliau.
Beliau dan Inter Milan masih mempunyai peluang untuk merangkul kejuaraan musim ini apabila mereka berhadapan Shakhtar Donetsk di peringkat separuh akhir Europa League musim ini.
Pemenang antara kedua-dua pasukan ini akan bertemu Sevilla di perlawanan akhir.
Inter Milan mempunyai tiga pemain yang pernah beraksi bersama-sama Manchester United iaitu Lukaku, Alexis Sanchez dan juga Ashley Young yang hadir sebagai pemain pinjaman.
Sanchez pula dikatakan bakal menjadi pemain tetap bagi Inter Milan.