Van Marwijk:”Perancis Menang Kerana Pengadil ‘Blurr’ Dan Gol Nasib”

Pengurus Australia, Bert Van Marwijk bengang dengan pengadil yang dituduh tidak tahu apa yang beliau lakukan walaupun selepas menonton VAR.

Beliau menyifatkan keputusan VAR dalam pengadilan penalti Perancis adalah sangat kontroversi. Perancis menjadi pasukan pertama mendapat penalti hasil daripada VAR dalam Piala Dunia.

Griezmann mendakwa dirinya dijatuhkan Josh Risdon. Sedangkan sentuhan Risdon terlebih dahulu kepada bola dan barulah tekena Griezmann.

Pengadil dari Uruguay, Andres Cunha awalnya menyatakan tiada penalti namun telah mengambil keputusan untuk membuat reviu VAR. Tidak lama selepas itu, Cunha memberikan penalti.

Risdon kecewa kerana beliau menyatakan dia memenangi bola terlebih dahulu sebelum berlaku ‘contact’ dengan Griezmann.

“Saya memang menyentuh bola terlebih dahulu dan mengakui selepas itu ada sentuhan ke atas beliau.

Marwijk pula berkata:

“Bahasa tubuh dia pun menunjukkan dia tak tahu sama ada itu penalti ataupun tidak selepas melihat rakaman VAR.”

“Katakan ada 10 orang mengadili, 7 menyatakan itu penalti dan 3 menyatakan ia tidak. Jadi, saya tak tahu.”

“Dia berdiri betul betul di hadapan insiden penalti itu berlaku dan dia terus menyatakan tiada penalti, mengarahkan permainan diteruskan.”

“Saya faham, dia pun manusia dan semua orang membuat kesilapan. Tetapi, apabila anda 100% pasti itu bukan penalti, dan kemudian anda sendiri meraguinya, anda harus tanya dia.”

Didier Deschamps pula berpendapat, Cunha melakukan tindakan yang betul dan VAR adalah betul.

“Saya tak nak mengkritik pasal penggunaan VAR ini, kerana ia membantu pengadil memperbetulkan kesilapan.”

Perancis menang 2-1 hasil jaringan Paul Pogba pada minit ke-81. Ben Marwijk menganggap ia gol nasib. Sekali lagi teknologi digunakan untuk mengesahkan bahawa bola sudah melepasi garisan gol.

Pemain-pemain Australia nyata kecewa kerana mereka merasakan telah menjadi mangsa kekalahan kepada teknologi dan tiada lagi pengadilan manusia digunakan. Mat Ryan berkata:

“Hari ini kami bukan ditewaskan pasukan lebih baik, tetapi lebih kepada kalah kerana teknologi.”

Ben Marwijk bangga dengan anak-anak buah beliau dan menganggap Perancis kerap kali tidak tahu apa dilakukan dalam perlawanan ini. Ia agak mengejutkan beliau.

“Kami bermain baik hari ini. Tiada siapa menjangka kami akan bermain seperti ini menentang Perancis.”

“Mereka (pemain) telah memberikan yang terbaik dan bermain 95% daripada cara bola sepak yang kami inginkan. Saya tidak boleh meminta lebih lagi untukhari ini. Saya cuma mampu memberikan penghargaan kepada para pemain.”

“Inilah bola sepak, kami tiada mata hari ini sedangkan kami berhak mendapat sekurang-kurangnya 1 mata.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN